Tidak ada orang Malaysia yang tidak kenal Datuk Seri Utama DR. Rais Yatim, pribadi utama yang berturut-turut pernah menjadi anggota Dewan Rakyat, menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (KKBS 1974-1976). Timbalan Menteri undang-undang (1976-1977), Timbalan Menteri Dalam Negeri (1977-1978), Menteri Besar Negeri Sembilan (1978-1982), Menteri Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah (1982-1984), Menteri Penerangan (1984-1986), Menteri Luar (1986-1987), Menteri di JPM (1999-2002), Menteri Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Kebangsaan (2002-sekarang). Dibawah lima orang PM : Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Husein On, Tun Dr, Mahathir Mohammad dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Dari segi perkhidmatan Rais Yatim merupakan menteri paling kanan (senior), sekalipun ada masa ”jeda politik” selama 13 tahun.
Rais yang lahir di Kampung Gagu, Jelebu, pada tanggal 15 April 1942, masa kecil mendapat panggilan kesayangan ”Lomoi” oleh ibundanya Siandam, panggilan yang berbau Cina, mungkin karena wajahnya yang terlalu comel untuk seorang anak lelaki, waktu kecil mirip anak Cina. Ayahnya Muhammad Yatim, berasal dari Palupuh Kabupaten Agam. Di Palupuh ayahnya Yatim biasa dipanggil Jatin saja, sedang ibunya – biasa dipanggil bonda oleh Rais -- bernama Siandam, nama-nama khas Minang. Rais bersaudara empat orang : Abang Naam (lahir 1927 tinggal di Kampung Mengkan), Kak Suri (lahir 1932 dan yang meninggal pada tahun 1989 ketika berumur 60 tahun), dan Abang Atan (lahir 1936 tinggal di Kampung Gagu), serta Rais sendiri (lahir 1942).
Bonda Siandam dibawa oleh ibunya Ambun dari Kampung Sipisang, Palupuh (Minangkabau) ketika berumur belasan tahun dan pernah menetap sebentar di Sungai Serai, kemudian Kampung Katub, Lenggeng dan kemudian Jelebu. Bonda Siandam meninggal pada 30 Januari 1954, ketika Rais masih berusia 11 tahun dan sedang bersiap masuk sekolah Government English School (GES) Jelebu. Sedang ayah Rais : Mohammad Yatim alias Jatin bin Tahir gelar Pandeka Takue berasal dari kampung Lereang, Palupuh, meninggal 20 Mei 1986 dalam usia 82 tahun, ketika Rais sedang menjadi Menteri Penerangan. Ayah Rais (Jatin bin Tahir) datang merantau ke Gagu, bersama uninya Rafak, dan abangnya Arifin dan Said. Mereka berangkat ke Malaya melalui ”Kolang” (Klang) sekitar tahun 1920-an. Sepeninggal bonda Siandam, ayahnya kawin lagi dengan Sariaman binti Mangkudum, yang menyayangi Rais seperti anak sendiri, karena dia tidak punya anak.
Ayah Rais : Muhammad Yatim alias Jatin bin Tahir gelar Pandeka Takue, sebagaimana orang Minang pada umunya, bekerja sebagai pedagang, mulai pedagang kumango dari pakan ka pakan, sampai ke suplier bahan makanan, mulai buah-buahan sampai ke pedagang daging. Sedang bondanya Siandam bekerja sebagai petani sawah, dan suri rumah tangga yang penyayang pada anak-anak.
Tidak ada yang istimewa dari masa kecil Rais, kecuali dia benar-benar memerankan ”anak kampung sejati”, mulai dari berlarian main kelereng (guli) sampai kepada mandi bersama di sungai, mulai dari memikat burung di sawah sampai mengail ikan di ”toboh” (hulu sungai), bahkan menoreh getah atau berkelahi, adalah hal yang sangat biasa bagi kehidupan ceria masa remajanya...
Sunday, November 27, 2011
Sejarah Solat Lima Waktu:
Subuh:
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.
Zohor:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.
Asar:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.
Maghrib:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.
Isyak:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun
Monday, October 3, 2011
Iblis laknatullah
IBLIS DIUSIR DARI SYURGA KERANA MENDERHAKA KEPADA ALLAH S.W.T
Dalam sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali menyebutkan bahawa iblis laknatullah itu sesungguhnya namanya disebut sebagai al-Abid (ahli ibadah) pada langit yang pertama, pada langit yang keduanya disebut az-Zahid. Pada langit ketiga, namanya disebut al-Arif. Pada langit keempat, namanya adalah al-Wali. Pada langit kelima, namanya disebut at-Taqi. Pada langit keenam namanya disebut al-Kazin. Pada langit ketujuh namanya disebut Azazil manakala dalam Luh Mahfudz, namanya ialah iblis.
Dia (iblis) lupa akibat urusannya. Maka Allah S.W.T. telah memerintahkannya sujud kepada Adam. Lalu iblis berkata, "Adakah Engkau mengutamakannya daripada aku, sedangkan aku lebih baik daripadanya. Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadikan Adam daripada tanah." Lalu Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya, "Aku membuat apa yang aku kehendaki."
Oleh kerana iblis laknatullah memandang dirinya penuh keagungan, maka dia enggan sujud kepada Adam a.s. kerana bangga dan sombong. Dia berdiri tegak sampai saatnya malaikat bersujud dalam waktu yang berlalu. Ketika para malaikat mengangkat kepala mereka, mereka mendapati iblis laknatullah tidak sujud sedang mereka telah selesai sujud. Maka para malaikat bersujud lagi bagi kali kedua kerana bersyukur, tetapi iblis laknatullah tetap angkuh dan enggan sujud. Dia berdiri tegak dan memaling dari para malaikat yang sedang bersujud. Dia tidak ingin mengikut mereka dan tidak pula dia merasa menyesal atas keengganannya.
Kemudian Allah S.W.T. merubahkan mukanya pada asalnya yang sangat indah cemerlangan kepada bentuk seperti babi hutan. Allah S.W.T. membentukkan kepalanya seperti kepala unta, dadanya seperti daging yang menonjol di atas punggung, wajah yang ada di antara dada dan kepala itu seperti wajah kera, kedua matanya terbelah pada sepanjang permukaan wajahnya. Lubang hidungnya terbuka seperti cerek tukang bekam, kedua bibirnya seperti bibir lembu, taringnya keluar seperti taring babi hutan dan janggut terdapat sebanyak tujuh helai.
Setelah itu, lalu Allah S.W.T. mengusirnya dari syurga, bahkan dari langit, dari bumi dan ke beberapa jazirah. Dia tidak akan masuk ke bumi melainkan dengan cara sembunyi. Allah S.W.T. melaknatinya sehingga ke hari kiamat kerana dia menjadi kafir. Walaupun iblis laknatullah itu pada sebelumnya sangat indah cemerlang rupanya, mempunyai sayap empat, banyak ilmu, banyak ibadah serta menjadi kebanggan para malaikat dan pemukanya, dan dia juga pemimpin para malaikat karubiyin dan banyak lagi, tetapi semua itu tidak menjadi jaminan sama sekali baginya.
Ketika Allah S.W.T. membalas tipu daya iblis laknatullah, maka menangislah Jibril a.s.dan Mikail. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud, "Apakah yang membuat kamu menangis?" (Allah S.W.T. lebih mengetahui),
Lalu mereka menjawab, "Ya Allah! Kami tidaklah aman dari tipu dayamu."
Firman Allah S.W.T. bagi bermaksud, "Begitulah aku. Jadilah engkau berdua tidak aman dari tipu dayaku."
Setelah diusir, maka iblis laknatullah pun berkata, "Ya Tuhanku, Engkau telah mengusir aku dari Syurga disebabkan Adam, dan aku tidak menguasainya melainkan dengan penguasaan-Mu."
Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud, "Engkau dikuasakan atas dia, yakni atas anak cucunya, sebab para nabi adalah maksum."
Berkata lagi iblis laknatullah, "Tambahkanlah lagi untukku."
Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya, "Tidak akan dilahirkan seorang anak baginya kecuali tentu dilahirkan untukmu dua padanya."
Berkata iblis laknatullah lagi, "Tambahkanlah lagi untukku."
Lalu Allah S.W.T. berfirman dengan maksud, "Dada-dada mereka adalah rumahmu, engkau berjalan di sana sejalan dengan peredaran darah."
Berkata iblis laknatullah lagi, "Tambahkanlah lagi untukku."
Maka Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud, "Dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukan yang berjalan kaki, ertinya mintalah tolong menghadapi mereka dengan pembantu-pembantumu, baik yang naik kuda mahupun yang berjalan kaki. Dan berserikatlah dengan mereka pada harta, iaitu mendorong mereka mengusahakannya dan mengarahkannya ke dalam haram."
"Dan pada anak-anak, iaitu dengan menganjurkan mereka dalam membuat perantara mendapat anak dengan cara yang dilarang, seperti melakukan senggama dalam masa haid, berbuat perkara-perkara syirik mengenai anak-anak itu dengan memberi nama mereka Abdul Uzza, menyesatkan mereka dengan cara mendorong ke arah agama yang batil, mata pencarian yang tercela dan perbuatan-perbuatan yang jahat dan berjanjilah mereka."
Hal ini ada disebutkan dalam surah al-Isra ayat 64 yang bermaksud : "Gerakkanlah orang yang engkau kuasai di antara mereka dengan suara engkau dan kerahkanlah kepada mereka tentera engkau yang berkuda dan yang berjalan kaki dan serikanlah mereka pada harta dan anak-anak dan berjanjilah kepada mereka. Tak ada yang dijanjikan iblis kepada mereka melainkan (semata-mata) tipuan."
Insaf lah wahai anak adam

Tanda-Tanda Saat Kematian
100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.
60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.
40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.
7 hari : Mengidam makanan.
5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.
3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.
2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.
1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.
Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan).
Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.
******Bila Malaikat Mencabut Nyawa******
Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:
"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."
Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut.Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:
"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu
Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."
Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."
Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T.
Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya sampai hari Kiamat."
Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
Sekian untuk ingatan kita bersama....
Thursday, September 29, 2011
Gambaran Api Neraka
![]() |
Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah: 1. Ayahnya Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya. (p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.) 2. Suaminya Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka. (p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .) 3. Abang-abangnya Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak. (p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.) 4. Anak2 lelakinya Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka. (p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.) Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Firman Allah S.W.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."..!!!! |
Saturday, March 19, 2011
Pemimpin Era Ini
Seorang pemimpin harus melayani @ serve:
S = See the future (Melihat Masa Depan)
E = Engage and Develop Others (Libatkan dan kembangkan orang lain)
R = Reinventing continuously ( Temukan kembali terus menerus)
V = Value results and relationships ( Hargai hasil dan hubungan)
E = Embody the values ( Mewujudkan Nilai)
S = See the future (Melihat Masa Depan)
E = Engage and Develop Others (Libatkan dan kembangkan orang lain)
R = Reinventing continuously ( Temukan kembali terus menerus)
V = Value results and relationships ( Hargai hasil dan hubungan)
E = Embody the values ( Mewujudkan Nilai)
Friday, March 18, 2011
Kerusi oh Kerusi
Dewan ku bergolak kembali... yang duduk tak mau berdiri... yang berdiri menanti kekosongan kerusi... sampai bilakah penantian ini...
Dewan ku berdebat kembali... adakah peluang yang dinanti dapat dikecapi... melempiaskan terkilan dihati... atau hanya kan kekal begini... perlembagaan parti tak perlu diragui... sudah diteliti sebelum diimplimentasi... biarkan begini dan terus begini...
Dewan ku berdebat kembali... adakah peluang yang dinanti dapat dikecapi... melempiaskan terkilan dihati... atau hanya kan kekal begini... perlembagaan parti tak perlu diragui... sudah diteliti sebelum diimplimentasi... biarkan begini dan terus begini...
Tuesday, March 15, 2011
Senarai Pilihanraya Kecil Selepas PRU 12
Selepas pilihan raya umum ke-12
Ini merupakan tempoh pilihan raya kecil terbanyak dalam sejarah Malaysia.
Parlimen
- Pilihan raya kecil Permatang Pauh 2008
- Pilihan raya kecil Kuala Terengganu 2009
- Pilihan raya kecil Bukit Gantang 2009
- Pilihan raya kecil Hulu Selangor 2010
- Pilihan raya kecil Sibu 2010
- Pilihan raya kecil Batu Sapi 2010
Negeri
- Pilihan raya kecil Bukit Selambau 2009
- Pilihan raya kecil Batang Ai 2009
- Pilihan raya kecil Penanti 2009
- Pilihan raya kecil Manek Urai 2009
- Pilihan raya kecil Permatang Pasir 2009
- Pilihan raya kecil Bagan Pinang 2009
- Pilihan raya kecil Galas 2010
- Pilihan raya kecil Tenang 2011
- Pilihan raya kecil Merlimau 2011
Minyak oh minyak
Kenaikan Harga Minyak
Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini dan 1 Febuari meningkat kepada RM2.60
Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini dan 1 Febuari meningkat kepada RM2.60
PRK oh PRK
30jan 2011
Normala Sudirman (Pas) menentang Mohd Azahar bin Ibrahim (BN)
Keputusan DUN Tenang: Calon Barisan Nasional, Mohd Azahar Ibrahim memperoleh 6,699 undi, mengatasi calon Pas, Normala Sudirman memperoleh 2,992 undi dengan majority 3,707undi manakala peratus perbezaan undi sebanyak 38.22 peratus dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang.
Bagi undi pos dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di sini hari ini, Mohd Azahar memperoleh 115, manakala Normala memperoleh tiga undi.
Pilihanraya di Malaysia
Selepas peristiwa Perang Dunia II berakhir pada tahun 1945, diikuti dengan pengunduran TenteraJepun dari Tanah Melayu, semangat nasionalisme dikalangan rakyat Tanah Melayu ketika itu amat ketara. Tertubuhnya parti-parti politik untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Mereka ini mendapat kuasa melalui Pilihan Raya yang diadakan untuk memilih kerajaan.
Tujuan utama parti-parti politik ini bertanding ialah untuk memperoleh majoriti kerusi di Parlimen (Dewan Rakyat) atau Dewan Undangan Negeri supaya boleh menubuhkan Kerajaan Persekutuan atau Negeri. Calon-calon yang memperoleh majoriti undi di bahagian yang mereka bertanding akan diisytihar menang.
- Pilihan raya umum 1955
- Pilihan raya umum 1959 (ke-1)
- Pilihan raya umum 1964 (ke-2)
- Pilihan raya umum 1969 (ke-3)
- Pilihan raya umum 1974 (ke-4)
- Pilihan raya umum 1978 (ke-5)
- Pilihan raya umum 1982 (ke-6)
- Pilihan raya umum 1986 (ke-7)
- Pilihan raya umum 1990 (ke-8)
- Pilihan raya umum 1995 (ke-9)
- Pilihan raya umum 1999 (ke-10)
- Pilihan raya umum 2004 (ke-11)
- Pilihan raya umum 2008 (ke-12)
Friday, March 11, 2011
Jepun di Landa Musibah
OMBAK tsunami menghempas Natori di wilayah Miyagi.
ANTARA kemusnahan angkara tsunami yang melanda Jepun.
Gempa bumi akibatkan gelombang tsunami 10m jejas ekonomi Tokyo

TEMBOK runtuh tempat letak kereta di Bandar Mito, Wilayah Ibaraki, Jepun

TEMBOK runtuh tempat letak kereta di Bandar Mito, Wilayah Ibaraki, Jepun
TOKYO: Gempa bumi paling kuat dalam tempoh 140 tahun dengan ukuran 8.9 pada skala Richter, melanda timur laut Jepun semalam, mencetuskan gelombang tsunami sehingga setinggi 10 meter dan menyebabkan lebih 1,000 orang terbunuh.
Agensi berita Kyodo melaporkan, gempa bumi menyebabkan kerosakan besar kawasan di utara Jepun, manakala gelombang tsunami memusnahkan hampir apa saja di laluannya termasuk ladang pertanian, bangunan, rumah, kapal, kenderaan dan menyebabkan kebakaran.
Gempa menyebabkan banyak kecederaan, kebakaran dan gelombang besar memaksa beribu-ribu penduduk melarikan diri ke kawasan lebih tinggi untuk menyelamatkan diri,” lapor Kyodo.
Beberapa loji jana kuasa nuklear dan pusat penyulingan minyak ditutup manakala sebuah firma pengeluar besi utama terbakar. Kira-kira 4.4 juta rumah di bahagian utara Jepun terputus bekalan elektrik.
Kyodo melaporkan, sebuah hotel di bandaraya Sendai runtuh, menimbulkan kebimbangan ramai penghuni mungkin terperangkap.
“Keadaan sungguh teruk dan saya ketakutan. Saya tidak pernah mengalami gempa bumi sekuat ini sejak 20 tahun lalu,” kata seorang pengurus sebuah restoran di Akasaka, Hidekatsu Hata, 36.
Pengalaman beliau dikongsi koresponden Reuters di Tokyo Linda Sieg yang turut merasai gegaran kuat di pejabatnya.
“Bangunan pejabat kami bergegar kuat dan lama, menyebabkan ramai kakitangan mengambil topi keledar untuk melindungi kepala mereka, manakala yang lain bersembunyi di bawah meja,” katanya.
Stesen televisyen NHK menyiarkan imej gelombang tsunami menghanyutkan sisa bangunan, kenderaan di kawasan pantai Sendai yang mempunyai sejuta penduduk manakala kapal yang biasanya berada di pantai, dilihat terdampar di pelabuhan.
Asap hitam dilihat berkepul ke udara dari sebuah bangunan di Odaiba di pinggir Tokyo ketika perkhidmatan kereta api laju Jepun ke utara, terpaksa dihentikan.
Syarikat gergasi elektronik Jepun, Sony Corp, menghentikan operasi di enam kilangnya, ketika pesawat tentera udara dikejarkan ke pesisir pantai timur laut bagi meninjau tahap kerosakan yang berlaku.
Bank of Japan yang sedang berusaha meningkatkan ekonomi negara itu berkata pihaknya akan berusaha sedaya upaya memastikan pasaran kewangan terus stabil, ketika pasaran saham dan nilai yen jatuh.
Sementara itu, Pertubuhan Palang Merah di Geneva berkata paras air laut dilaporkan lebih tinggi di beberapa kepulauan Pasifik manakala amaran tsunami di seluruh wilayah itu kecuali Amerika dan Kanada. – Reuters
Thursday, February 17, 2011


FOTO BERWARNA PERTAMA DI DUNIA - Foto berwarna yang pertama di dunia telah dirakamkan oleh Louis Ducos du Hauron pada tahun 1872. Foto tersebut menunjukkan pemandangan bandar Angouleme di selatan Perancis
Monday, February 14, 2011
Alquran

Etimologi
Ditinjau dari segi kebahasaan, Al-Qur’an berasal dari bahasa Arab yang berarti "bacaan" atau "sesuatu yang dibaca berulang-ulang". Kata Al-Qur’an adalah bentuk kata benda (masdar) dari kata kerja qara'a yang artinya membaca. Konsep pemakaian kata ini dapat juga dijumpai pada salah satu surat Al-Qur'an sendiri yakni pada ayat 17 dan 18 Surah Al-Qiyamah yang artinya:
- “Sesungguhnya mengumpulkan Al-Qur’an (di dalam dadamu) dan (menetapkan) bacaannya (pada lidahmu) itu adalah tanggungan Kami. (Karena itu,) jika Kami telah membacakannya, hendaklah kamu ikuti {amalkan} bacaannya”.()
Terminologi
Dr. Subhi Al Salih mendefinisikan Al-Qur'an sebagai berikut:
Siapa punya angkara ini?
Surau yang disimbah cat merah.
Pandangan dekat di mana cat disimbah. |
Beberapa botol arak dan serpihannya. Kenderaan itu ialah kenderaan Polis.
Semalam saya baharu sahaja bercerita mengenai surau saya. Kali ini saya terpaksa bercerita mengenai surau juga, tetapi bukan surau saya. Tetapi surau ini cuma terletak lebih kurang 500 meter dari surau saya di satu taman perumahan yang berjiran. Ia juga dibina semasa dengan surau saya. Seperti surau saya ia terletak di jalan utama dan bersebelahan dengan taman permainan kanak-kanak. Kelebihan surau saya ialah ia bersebelahan juga dengan kolam tebatan banjir.
Pagi tadi saya berjumpa dengan Penguasa Banci saya berbincang mengenai Banci Perumahan dan Penduduk Negara yang tamat semalam. Seperti biasa saya balik melalui Jalan Temiang. Apabila sahaja saya melalui surau ini saya nampak ramai orang berkumpul. Juga saya nampak sebuah kenderaan Polis bertulis FORENSIK dan beberapa anggota Polis sedang membuat tugas dalam kawasan surau.
Fikiran saya terus teringat kepada kes bunuh seorang bekas jiran saya seperti pos saya ini. Kebetulan kes itu terjadi di bulan Ramadan juga. Saya pun terus turun dari skuter saya dan bertanya dengan seorang yang berkumpul di situ kenapa ada anggota Polis. Dia terus menunjukkan kepada surau yang disimbah cat merah. Kejadian disyaki dilakukan sebelum Subuh pagi tadi.
Selain disimbah cat surau juga dibaling dengan botol-botol kosong arak yang ditujukan kepada tingkap cermin. Cermin tidak pecah tetapi botol-botol yang berkecai. Kerosakan kepada surau cuma minima sahaja. Tidak ada bahagian yang pecah atau rosak.
Saya berharap jemaah surau ini tidak mengambil tindakan yang di luar undang-undang. Biarlah pihak-pihak berkuasa menjalankan siasatan dan menghukum siapa yang bertanggungjawab terhadap perbuatan ini
Saturday, February 5, 2011
Sabda Rasullah Saw Yang Telah Diriwayatkan
Diriwayatkan daripada Aisyah r.a :” Ketika saya sedang duduk dengan seorang perempuan, datang rasulullah SAW dan bertanya kepada ku :”Siapa dia?” Aku menjawab :” Si fulanah” dan aku ceritakan kepada nabi SAW bahawa dia beribadah dengan berlebihan. Nabi SAW bersabda dengan memperlihatkan tanda tidak bersetujunya. “Perbuatan baik yang dilakukan secara berlebihan tidak akan membuat Allah letih (untuk memberi pahala) namun engkaulah yang akan letih dan ad-din (perbuatan baik-ibadah yang paling dicintai Allah SWT) adalah yang dikerjakan secara tetap.
Dari Umar bin al-Khattab r.a katanya:” Ada seorang lelaki berwudhuk tetapi ada kakinya yang tidak terkena air selebar kuku. Dan hal itu dilihat oleh Nabi s.a.w. Disebabkannya baginda bersabda:”Ulang kembali wudhukmu dengan sempurna dan sebagus-bagusnya!” Orang itu pun berwudhuk kembali dan sesudah itu dia solat.”
Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda di dalam sebuah hadith yang bermaksud: “Kami telah pulang dari jihad yang kecil untuk jihad yang lebih besar”. Lalu para sahabat bertanya: “Apakah dia jihad yang besar?” Rasulullah menjawab: “Jihad melawan hawa nafsu”.
Sabda Rasulullah saw.
“Barang siapa yang jatuh cinta, lalu menyembunyikannya dan memelihara kesucian dirinya serta bersabar sampai dia meninggal dunia, maka dia adalah seorang yang mati syahid."
mengenai surah Al-Fatihah ia adalah penyembuh segala penyakit. (HR Darami) Dan barangsiapa membaca 10 ayat akhir Surah Al-Kahfi, Sesungguhnya ia menghindarkan orang yang membacanya dari fitnah Dajjal. (HR Nasa'i)
"Sesungguhnya syaitan ada baginya bisikan ke hati anak Adam, dan Malaikat juga ada bisikannya; ada pun bisikan syaitan itu ialah galakannya supaya seseorang melakukan kejahatan dan mendustakan kebenaran, dan bisikan Malaikat pula ialah galakannya supaya seseorang mengamalkan kebaikan dan meyakini kebenaranya; oleh itu sesiapa yang terasa bisikan yang baik, maka hendaklah ia mengetahui bahawa perkara itu dari Allah, serta hendaklah ia bersyukur kepada Allah, dan sesiapa yang terasa bisikan yang satu lagi maka hendaklah ia meminta perlindungan Allah dari angkara syaitan."
diriwayatkan oleh Ibn Mas'ud r.a
Subscribe to:
Posts (Atom)