Selepas peristiwa Perang Dunia II berakhir pada tahun 1945, diikuti dengan pengunduran TenteraJepun dari Tanah Melayu, semangat nasionalisme dikalangan rakyat Tanah Melayu ketika itu amat ketara. Tertubuhnya parti-parti politik untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Mereka ini mendapat kuasa melalui Pilihan Raya yang diadakan untuk memilih kerajaan.
Tujuan utama parti-parti politik ini bertanding ialah untuk memperoleh majoriti kerusi di Parlimen (Dewan Rakyat) atau Dewan Undangan Negeri supaya boleh menubuhkan Kerajaan Persekutuan atau Negeri. Calon-calon yang memperoleh majoriti undi di bahagian yang mereka bertanding akan diisytihar menang.
- Pilihan raya umum 1955
- Pilihan raya umum 1959 (ke-1)
- Pilihan raya umum 1964 (ke-2)
- Pilihan raya umum 1969 (ke-3)
- Pilihan raya umum 1974 (ke-4)
- Pilihan raya umum 1978 (ke-5)
- Pilihan raya umum 1982 (ke-6)
- Pilihan raya umum 1986 (ke-7)
- Pilihan raya umum 1990 (ke-8)
- Pilihan raya umum 1995 (ke-9)
- Pilihan raya umum 1999 (ke-10)
- Pilihan raya umum 2004 (ke-11)
- Pilihan raya umum 2008 (ke-12)
No comments:
Post a Comment