


Bunga Bakawali bewarna putih dengan rona merah jambu pucat adalah bunga yang sering dikaitkan dengan hantu pontianak dalam kepercayaan orang Melayu dahulu.
Bunga bakawali mengeluarkan bau semerbak wangi dan akan berkembang pada waktu malam sahaja. Biasanya, bunga bakawali akan berkembang penuh tepat jam 12 malam. Aroma harumnya akan menjadi lebih wangi pada waktu tersebut. Yang menjadi misteri, bunga itu akan layu apabila menjelang subuh.
Pokok bunga bakawali ini dikenali dengan nama saintifiknya Epiphyllum oxypetalum. Nama lain bagi bunga ini ialah ric rac cactus, moon cactus, queen of the night dan Night blooming Cereus.
Ada juga yang menggelarnya Bunga Sundal Malam tetapi ramai yang mengatakan ada perbezaan antara bakawali dan bunga sundal malam.
Apa yang pasti, keunikan bunga bakawali inilah yang masih menjadi misteri dan terpahat dalam sastera Melayu klasik.
Hikayat Gul Bakawali merupakan cerita saduran sastera Urdu. Salinan Hikayat Gul Bakawali ditemui di Singapura tetapi terdapat versi berbeza dengan salinan Hikayat Gul Bakawali yang ditemui di Banjarmasin. Gul bakawali bermaksud bunga bakawali.
Dalam Hikayat itu, Raja Tajul Muluk jatuh cinta pada Puteri Gul Bakawali, seorang puteri kayangan yang penuh mistik.
Raja Tajul Muluk pula adalah seorang manusia yang hebat kerana mempunyai pelbagai kuasa sakti. Penghujung cerita itu, kedua-duanya berjaya bersatu setelah menemui pelbagai halangan dalam percintaan.
Menanam pokok bunga bakawali tidaklah susah.
Ambil sahaja daun pokok itu dan tanam di tanah. Pokok itu akan tumbuh sendiri.
Namun tidak semua pokok bunga bakawali boleh berbunga. Dipercayai, hanya orang yang tertentu sahaja yang boleh menanam pokok bunga bakawali sehingga berbunga. Namun ada pula petua yang mengatakan bahawa cara mudah supaya pokok itu berbunga ialah menabur kulit telur pada tanah pokok bunga bakawali itu.
Bunga bakawali dipercayai mempunyai khasiat yang baik untuk menyegarkan dan mencerahkan mata.
Selepas subuh, ambil sekuntum bunga bakawali yang telah layu dan perah airnya.
Ada juga yang memasak bunga bakawali untuk dijadikan minyak. Minyak bakawali itu kemudian digunakan sebagai ubat sakit mata.
Menurut kepercayaan orang-orang Cina, pokok bakawali boleh mendatangkan tuah dan rezeki sekiranya berbunga.
Selalunya, pokok ini ditanam berhampiran dengan tempat mereka berniaga dan diikat dengan reben merah pada tiap-tiap dahan. Mereka juga percaya sekiranya pokok bakawali itu mati atau layu bermakna mereka akan mendapat musibah.
Mengikut kepercayaan orang Melayu pula, ada puteri Bunian berhampiran pokok bakawali semasa bunganya hendak berkembang dan menjaganya sehingga bunga itu layu.
Ada juga yang percaya bahawa terdapat seorang dewa dari kayangan yang menjaga bunga ini semasa proses pengembangannya.
Kepercayaan ini berkait rapat dengan Hikayat Gul Bakawali yang menjadi sastera rakyat.
Ada juga yang percaya bahawa pokok bakawali ini mempunyai hubungan rapat dengan orang yang menanamnya.
Mereka percaya, pokok bunga bakawali akan mati sekiranya orang yang menanamnya meninggal dunia.
Pelbagai cerita tentang bunga bakawali tetap menjadi misteri. Namun setiap ciptaan Tuhan di dunia ini mempunyai sebab dan tujuan. Hakikatnya, pokok bunga bakawali merupakan herba berkhasiat yang perlu dikaji untuk dijadikan penawar penyakit manusia.
bila ak pikirkan balik tu mayb ni sume kepercayaan orang dulu2..tp even kita hidop di zaman yg moden kna gak la percaya bnda2 camni..
tp bab psl penunggu bunga tu ak x nafikan mayb ak da ckit percaya sbb bnda tu penah terjadi kt mak teh ak masa dtg rumah ak..dia petik bunga bakawali yg tgh mekar pkl 12 mlm..ngan tujuan nk bwk balik rumah..tp last2 dia sendiri yg kena gangguan makhluk halus..bila tanye bnda tu sebab pe ganggu..benda tu ckp psl mak teh ak ganggu tempat dia kt pokok bakawali tu..sejak dari tu kitaowg x penah nk petik pokok bunga tu..just sekadar bau bunga dia.mmg ada pantang larang orang2 dulu2 ckp jgn petik bunga waktu malam..x elok..hah..dengar yup :) tu crite yg ak bley share psl bunga bakawali nih..InsyaAllah ak akan jaga pokok ni mcmana mak ak sendiri jg dlu2..
No comments:
Post a Comment