Thursday, May 2, 2013

Demi tugas yang digalang



Demi tugas yang digalang tidak kira hujan dan panas memantau Kempen Pilihanraya PRU13 dimana sahaja ada kempen tak kira siang atau malam terpaksa hadir menjalankan tugas sebagai Petugas SPR iaitu Penguatkuasa Pilihanraya... tapi dalam sedar terdapat mata-mata yang hina mengutuk tugas ini kerana seolah-olah tugas ini tidak memihak kepada parti kerajaan... Yang anih bila tegoran kepada parti pembangkang mereka terus membetulkan keadaan tetapi bila tegoran kepada parti kerajaan mereka menemplak mengatakan tutup mata tidak bertindak kepada parti pembangkang begitulah angkohnya mereka jika terkena batang hidung susah hendak menerima kenyataan... dan petugas-petugas ini dicop sebagai pembangkang... lebih ketara bila terdapat gambar petugas berkenaan berada di tempat Kempen parti pembangkang...

No comments:

Post a Comment