
Bunga Bakawali
Sejenis bunga yang mempunyai lagenda tersendiri amat sukar berbunga
dan apabila berbunga hanya akan kembang pada tengah malam jumaat
baunya amat harum semerbak dan seketika akan terus layu menguncup
amat bertuah bagi sesiapa yang dapat menikmati keharuman baunya dan
melihat keindahan bunga ini ketika kembang.
Mengikut lagenda cara bunga bakawali ini kembang amat luar biasa, bila
sampai waktu dan ketikanya tepat tengah malam ianya akan meletup dan
ketika itu akan keluar seorang puteri kayangan munculnya spt. seseorang
baru tersedar dari mimpi indah, kecantikannya amat luarbiasa seperti
bidadari dari syurga dan diceritakan lagi amat bertuah bagi sesiapa yang
berada ditempat ini terutama ketika itu jika sesiapa dapat memegang
puteri kayangan ini ianya akan dapat mengahwini puteri ini.
wallah hu alam




No comments:
Post a Comment