Saturday, March 19, 2011

Pemimpin Era Ini

Seorang pemimpin harus melayani @ serve:
S = See the future (Melihat Masa Depan)
E = Engage and Develop Others (Libatkan dan kembangkan orang lain)
R = Reinventing continuously ( Temukan kembali terus menerus)
V = Value results and relationships ( Hargai hasil dan hubungan)
E = Embody the values ( Mewujudkan Nilai)

Friday, March 18, 2011

Kerusi oh Kerusi

Dewan ku bergolak kembali... yang duduk tak mau berdiri... yang berdiri menanti kekosongan kerusi... sampai bilakah penantian ini...
Dewan ku berdebat kembali... adakah peluang yang dinanti dapat dikecapi... melempiaskan terkilan dihati... atau hanya kan kekal begini... perlembagaan parti tak perlu diragui... sudah diteliti sebelum diimplimentasi... biarkan begini dan terus begini...

Tuesday, March 15, 2011

Senarai Pilihanraya Kecil Selepas PRU 12


Selepas pilihan raya umum ke-12

Ini merupakan tempoh pilihan raya kecil terbanyak dalam sejarah Malaysia.


Parlimen

  1. Pilihan raya kecil Permatang Pauh 2008
  2. Pilihan raya kecil Kuala Terengganu 2009
  3. Pilihan raya kecil Bukit Gantang 2009
  4. Pilihan raya kecil Hulu Selangor 2010
  5. Pilihan raya kecil Sibu 2010
  6. Pilihan raya kecil Batu Sapi 2010


Negeri

  1. Pilihan raya kecil Bukit Selambau 2009
  2. Pilihan raya kecil Batang Ai 2009
  3. Pilihan raya kecil Penanti 2009
  4. Pilihan raya kecil Manek Urai 2009
  5. Pilihan raya kecil Permatang Pasir 2009
  6. Pilihan raya kecil Bagan Pinang 2009
  7. Pilihan raya kecil Galas 2010
  8. Pilihan raya kecil Tenang 2011
  9. Pilihan raya kecil Merlimau 2011


Minyak oh minyak

Kenaikan Harga Minyak
Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini dan 1 Febuari meningkat kepada RM2.60

PRK oh PRK


30jan 2011 
Normala Sudirman (Pas) menentang Mohd Azahar bin Ibrahim (BN)
Keputusan  DUN Tenang Calon Barisan Nasional, Mohd Azahar Ibrahim memperoleh 6,699 undi, mengatasi calon Pas, Normala Sudirman memperoleh 2,992 undi dengan majority 3,707undi manakala peratus perbezaan undi sebanyak 38.22 peratus dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang.
Bagi undi pos dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di sini hari ini, Mohd Azahar memperoleh 115, manakala Normala memperoleh tiga undi.

Pilihanraya di Malaysia


Selepas peristiwa Perang Dunia II berakhir pada tahun 1945, diikuti dengan pengunduran TenteraJepun dari Tanah Melayu, semangat nasionalisme dikalangan rakyat Tanah Melayu ketika itu amat ketara. Tertubuhnya parti-parti politik untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Mereka ini mendapat kuasa melalui Pilihan Raya yang diadakan untuk memilih kerajaan.
Tujuan utama parti-parti politik ini bertanding ialah untuk memperoleh majoriti kerusi di Parlimen (Dewan Rakyat) atau Dewan Undangan Negeri supaya boleh menubuhkan Kerajaan Persekutuan atau Negeri. Calon-calon yang memperoleh majoriti undi di bahagian yang mereka bertanding akan diisytihar menang.
  1. Pilihan raya umum 1955
  2. Pilihan raya umum 1959 (ke-1)
  3. Pilihan raya umum 1964 (ke-2)
  4. Pilihan raya umum 1969 (ke-3)
  5. Pilihan raya umum 1974 (ke-4)
  6. Pilihan raya umum 1978 (ke-5)
  7. Pilihan raya umum 1982 (ke-6)
  8. Pilihan raya umum 1986 (ke-7)
  9. Pilihan raya umum 1990 (ke-8)
  10. Pilihan raya umum 1995 (ke-9)
  11. Pilihan raya umum 1999 (ke-10)
  12. Pilihan raya umum 2004 (ke-11)
  13. Pilihan raya umum 2008 (ke-12)

Friday, March 11, 2011

Jepun di Landa Musibah

Foto
OMBAK tsunami menghempas Natori di wilayah Miyagi.
Foto
ANTARA kemusnahan angkara tsunami yang melanda Jepun.
Foto

Foto
Gempa bumi akibatkan gelombang tsunami 10m jejas ekonomi Tokyo
TEMBOK runtuh menghempap kenderaan di tempat letak kereta di Bandar Mito, Wilayah Ibaraki, Jepun akibat gempa bumi berukuran 8.9 magnitud melanda, hari ini. - Foto AFP
TEMBOK runtuh tempat letak kereta di Bandar Mito, Wilayah Ibaraki, Jepun
PANDANGAN udara kemusnahan disebabkan tsunami akibat gempa bumi yang melanda Hitachinaka, Ibaraki Prefecture, Jepun, hari ini. - Foto AFP

BANJIR disebabkan tsunami melanda Iwaki, Wilayah Fukushima,  Jepun selepas gempa bumi berukuran 8.9 magnitud melanda hari ini - Foto AP

PAPARAN video dari NHK TV Jepun menunjukkan kenderaan yang dihanyutkan banjir tsunami di Jepun akibat gempa bumi berukuran 8.9 magnitud, hari ini. - Foto AP
TOKYO: Gempa bumi paling kuat dalam tempoh 140 tahun dengan ukuran 8.9 pada skala Richter, melanda timur laut Jepun semalam, mencetuskan gelombang tsunami sehingga setinggi 10 meter dan menyebabkan lebih 1,000 orang terbunuh.

Agensi berita Kyodo melaporkan, gempa bumi menyebabkan kerosakan besar kawasan di utara Jepun, manakala gelombang tsunami memusnahkan hampir apa saja di laluannya termasuk ladang pertanian, bangunan, rumah, kapal, kenderaan dan menyebabkan kebakaran.

Gempa menyebabkan banyak kecederaan, kebakaran dan gelombang besar memaksa beribu-ribu penduduk melarikan diri ke kawasan lebih tinggi untuk menyelamatkan diri,” lapor Kyodo.



Beberapa loji jana kuasa nuklear dan pusat penyulingan minyak ditutup manakala sebuah firma pengeluar besi utama terbakar. Kira-kira 4.4 juta rumah di bahagian utara Jepun terputus bekalan elektrik.


Kyodo melaporkan, sebuah hotel di bandaraya Sendai runtuh, menimbulkan kebimbangan ramai penghuni mungkin terperangkap.

“Keadaan sungguh teruk dan saya ketakutan. Saya tidak pernah mengalami gempa bumi sekuat ini sejak 20 tahun lalu,” kata seorang pengurus sebuah restoran di Akasaka, Hidekatsu Hata, 36. 
Pengalaman beliau dikongsi koresponden Reuters di Tokyo Linda Sieg yang turut merasai gegaran kuat di pejabatnya.

“Bangunan pejabat kami bergegar kuat dan lama, menyebabkan ramai kakitangan mengambil topi keledar untuk melindungi kepala mereka, manakala yang lain bersembunyi di bawah meja,” katanya.

Stesen televisyen NHK menyiarkan imej gelombang tsunami menghanyutkan sisa bangunan, kenderaan di kawasan pantai Sendai yang mempunyai sejuta penduduk manakala kapal yang biasanya berada di pantai, dilihat terdampar di pelabuhan.

Asap hitam dilihat berkepul ke udara dari sebuah bangunan di Odaiba di pinggir Tokyo ketika perkhidmatan kereta api laju Jepun ke utara, terpaksa dihentikan.

Syarikat gergasi elektronik Jepun, Sony Corp, menghentikan operasi di enam kilangnya, ketika pesawat tentera udara dikejarkan ke pesisir pantai timur laut bagi meninjau tahap kerosakan yang berlaku.

Bank of Japan yang sedang berusaha meningkatkan ekonomi negara itu berkata pihaknya akan berusaha sedaya upaya memastikan pasaran kewangan terus stabil, ketika pasaran saham dan nilai yen jatuh.

Sementara itu, Pertubuhan Palang Merah di Geneva berkata paras air laut dilaporkan lebih tinggi di beberapa kepulauan Pasifik manakala amaran tsunami di seluruh wilayah itu kecuali Amerika dan Kanada. – Reuters