Saturday, January 29, 2011
Melayu Mudah Lupa
Wee Meng Chee atau Namewee yang telah mempermainkan orang melayu dan umat islam datang menemui Menteri di Jabatan Perdana Menteri dengan berpakaian ala rap baju T, seluar jean, jaket hitam serta penutup kepala, pakaian yang tidak mengikut etika berpakaian di parlimen menemui menteri mohon bantuan kerajaan membiayai pembikinan video 1 Malaysia, sememangnya tiada siapa boleh menghalang beliau untuk menemui sesiapa tetapi adakan wajar diberi layanan yang begitu istimewa kepada orang yang mencemoh, menghina, mengutuk kerajaan dan negara, apakah perilaku ini juga dianggap satu kelayakan seni, kepakaran atau sumbangan kepada negara sehingga mendapat layanan istimewa daripada seorang Menteri?
Thursday, January 20, 2011
Karamah Tok Kenali
Nama sebenar Tok Kenali ialah Haji Muhammad Yusuf bin Ahmad al-Kalantani, lahir pada 1287 H/1871 M, wafat Ahad, 2 Syaaban 1352 H/19 November 1933 M. Yang saya riwayatkan ini adalah berdasarkan pelbagai cerita yang saya dengar, oleh itu tidak terikat sangat dalam sistem penulisan ilmiah.
Yang saya ingat pada tahun 1953, ibu saya Hajah Wan Zainab binti Syeikh Ahmad al-Fathani hanya menyebut nama murid ayahnya itu dengan istilah Awang Kenali. Menurutnya, Syeikh Ahmad al-Fathanilah yang pertama menggunakan istilah ‘Awang’ itu. Riwayatnya, sewaktu Syeikh Ahmad al-Fathani menjadi utusan ulama Mekah ke Beirut dan Mesir untuk menyelesaikan pertikaian pendapat antara Saiyid Yusuf an-Nabhani (Beirut) dengan Syeikh Muhammad Abduh (Mesir) dalam rombongan itu, Awang Kenali ikut serta.Ketika sampai di Bukit Tursina, kerana di tempat itulah Nabi Musa mendengar ‘Kalam Allah’, Syeikh Ahmad al-Fathani menyuruh murid-muridnya munajat secara khusus. Awang Kenali ditugaskan supaya minta menjadi ulama. Nik Mahmud ditugaskan munajat minta menjadi seorang pembesar Kelantan. Setelah Tok Kenali munajat, Syeikh Ahmad al-Fathani menyatakan bahawa ilmu Awang Kenali tinggi hanya mencapai ‘awan’ tidak menjangkau kepada langit. Ilmu yang sampai ke peringkat ‘awan’ itulah yang dapat dijangkau oleh kebanyakan ulama di tanah Jawi.
Daripada perkataan ‘awan’ itulah kemudian bertukar menjadi ‘Awang’. Cerita yang sama juga saya dengar daripada Haji Wan Ismail bin Hawan, Qadhi Jala (cerita didengar pada tahun 1970). Dalam surat-surat Syeikh Ahmad al-Fathani kepada pihak lain, termasuk kepada orang Arab dan Turki, apabila melibatkan muridnya itu, beliau mengekalkan tulisan dengan istilah ‘Awan Kenali’ saja tanpa menyebut nama lainnya.Pada tahun 1969 saya dengar cerita bahawa Tok Kenali pertama-tama datang ke Mekah penuh dengan peristiwa yang pelik-pelik (ajaib). Kehidupan sehari-harinya penuh dengan tawakal. Beliau tidak mempunyai pakaian yang lebih daripada sehelai, tidak memiliki wang, tidak siapa mengetahui beliau makan ataupun tidak pada setiap hari siang ataupun malam. Hampir-hampir tidak ada orang yang mengenalinya di Mekah ketika itu.
Orang yang tidak mengenalinya hanya memperhatikan keanehannya berada dari satu halaqah ke satu halaqah yang lain dalam Masjid Haram, Mekah. Keberadaannya dalam sesuatu halaqah tidak pula membawa sesuatu kitab seperti orang lainnya. Pada kebanyakan masa ketika duduk dalam halaqah beliau memejamkan mata, orang menyangka beliau bukan mendengar pelajaran tetapi tidur. Antara ulama yang mengajar dalam Masjid al-Haram ketika itu ada yang tembus pandangannya, diketahuinyalah bahawa pemuda yang aneh itu bukanlah sembarangan orang, martabatnya ialah seorang ‘Wali Allah’.
Walau bagaimanapun, tidak seorang ulama peringkat Wali Allah di Mekah mahu membuka rahsia itu kepada murid-muridnya. Ketika Tok Kenali sampai di Mekah, Syeikh Ahmad al-Fathani telah mengetahui pemuda yang berasal dari Kelantan itu, tetapi sengaja tidak dipedulikannya kerana pada firasat Syeikh Ahmad al-Fathani pemuda Kelantan itu sama ada lekas ataupun lambat akan datang juga kepada beliau.
Dalam masa berbulan-bulan peristiwa seperti di atas, pada satu ketika Tok Kenali mengunjungi halaqah Syeikh Ahmad al-Fathani. Tok Kenali duduk jauh di belakang pelajar-pelajar lain. Syeikh Ahmad al-Fathani telah mempersiapkan sekurang-kurangnya tiga kemusykilan atau masalah, yang pada pemikiran Syeikh Ahmad al-Fathani tidak akan dapat dijawab oleh siapa pun yang hadir dalam majlis pengajiannya, kecuali seseorang itu memiliki pandangan ‘kasyaf’ ataupun telah memperoleh ‘ilmu ladunni’.
Sewaktu Syeikh Ahmad al-Fathani melemparkan pengujian atau pertanyaan kepada semua pelajar, Tok Kenali seperti orang tidur-tidur saja. Semua pelajar terdiam, tidak seorang pun berkemampuan menjawab masalah yang dikemukakan oleh Syeikh Ahmad al-Fathani. Tiba-tiba Syeikh Ahmad al-Fathani menyergah pemuda Kelantan yang sedang tidur. Pemuda itu terkejut. Syeikh Ahmad al-Fathani menyuruhnya supaya datang ke hadapan duduk bersama beliau. Disuruhnya pemuda Kelantan itu menjawab masalah ujian yang dikemukakan lalu semuanya dijawab dengan sejelas-jelasnya.
Setelah peristiwa itu Tok Kenali menjadi murid yang paling mesra dengan Syeikh Ahmad al-Fathani. Bahkan Tok Kenali menjadikan dirinya sebagai ‘khadam’ kepada Syeikh Ahmad al-Fathani. Seluruh gerak dan diam Tok Kenali hanyalah berkhidmat kepada gurunya itu, kerana diketahuinya bahawa seluruh kerja Syeikh Ahmad al-Fathani semata-mata untuk kepentingan agama Islam dan bukan kepentingan peribadinya. (Cerita yang sama juga didengar daripada Tuan Guru Haji Mahmud bin Yusuf Juani di Pondok Gajah Mati, Kedah pada tahun 1970. Beliau ialah murid Tok Bermin, sahabat Tok Kenali).
Hampir semua murid Tok Kenali yang pernah saya temui meriwayatkan bahawa orang yang pernah belajar dengan Tok Kenali semuanya mendapat kedudukan dalam masyarakat. Apabila seseorang murid itu lebih berkhidmat kepada beliau maka ternyata akan lebih pula ilmu yang diperolehnya. Demikian juga kedudukan dalam masyarakat. Yang dimaksudkan berkhidmat di sini ialah ada yang pernah menyiram Tok Kenali ketika mandi. Bahkan ada murid yang pernah membasuh beraknya sesudah buang air besar.
Murid yang sampai kepada kedua-dua peringkat ini saja yang menjadi ulama besar, antara mereka termasuk Syeikh Idris al-Marbawi dan Syeikh Utsman Jalaluddin Penanti. (Sumber cerita ini daripada murid beliau, Tuan Guru Haji Abdur Rahman bin Husein al-Kalantani, Mufti Mempawah, yang didengar pada tahun 1969 di Mempawah; Tuan Guru Haji Mahmud di Gajah Mati, Kedah pada tahun 1970; Qadhi Haji Wan Ismail bin Hawan di Jala pada tahun 1970; Tuan Guru Haji Abdur Rahim Kelantan di Mekah pada tahun 1979, dan masih ada yang lain yang belum perlu disebutkan.)
Walaupun telah diketahui umum Tok Kenali berasal dari Kelantan tetapi sewaktu saya mengembara ke negeri Caiyya (nama asalnya Cahaya) yang terletak jauh ke Utara Patani dan Senggora, orang tua-tua bercerita bahawa asal usul datuk nenek Tok Kenali adalah dari Cahaya. Diriwayatkan ada dua atau tiga kali Tok Kenali pernah datang ke negeri Cahaya. Setiap kali Tok Kenali datang beliau dimuliakan orang. Tempat yang menjadi laluan Tok Kenali dihamparkan dengan kain kuning, demikian juga tempat duduknya. Orang ramai datang berduyun-duyun menziarahi Tok Kenali kerana mengambil berkat keramatnya. Ada orang tertentu yang didoakan oleh Tok Kenali ternyata dikabulkan oleh Allah sebagaimana doa yang beliau ucapkan (riwayat ini didengar di Caiya (Cahaya) pada 1992).
Gerhana Matahari Pada 21 Julai 2009

Satu lagi kebesaran Allah berlaku semalam, apa dia? Ia adalah gerhana matahari (separuh), berlaku kira-kira jam 9 pagi pada 21 Julai 2009. Kalau dulu, susah kita nak tengok gerhana, tapi sekarang ni makin kerap kita boleh tengok gerhana, hanya Allah saja yang tahu.
Bagi anda yang tidak berkesempatan melihat gerhana ini secara life, anda boleh lihat gambar gerhana yang diambil pada pagi tersebut sambil menyebut Subhanallah...
Lihat 2 Bulan Pada 27 Ogos 2010
Tarikh 27 Ogos 2010 adalah tarikh penantian seluruh dunia... Mengapa? Saksikanlah peristiwa yang tidak pernah berlaku ini. Saksikanlah kebesaran Allah di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini.
Planet marikh akan kelihatan lebih terang di langit pada waktu malam pada tarikh berkenaan. Ia kelihatan seperti bulan pada mata kasar. Ia semakin jelas pada tarikh 27 Ogos 2010 apabila planet marikh menghampiri bumi sehingga 34.65 juta batu.
Pastikan anda mendongak ke langit pada tarikh berkenaan, ia seolah-olah seperti bumi mempunyai 2 bulan.
Jika anda terlepas peluang ini, fenomena ini akan berlaku sekali lagi pada tahun 2287. Ini bermakna TIADA SIAPA YANG HIDUP HARI INI akan dapat menyaksikan peristiwa ini lagi.
Kenali Buah Kurma
Sempena Ramadhan Al-Mubarak ini, mesti anda berbuka dengan buah tamar atau kurma kan. Tahukah anda apa nama kurma yang anda beli di kedai, Pasar malam tu. Mungkin kita tidak tahu apa nama sebenar.
Dibawah ini dinyatakan senarai nama-nama kurma yang mungkin anda biasa makan dan mungkin anda tak biasa makan atau mungkin tak pernah makan atau mungkin juga anda tak pernah tengok. Jom kita lihat...
Berikut gambar dan nama kurma
Dibawah ini dinyatakan senarai nama-nama kurma yang mungkin anda biasa makan dan mungkin anda tak biasa makan atau mungkin tak pernah makan atau mungkin juga anda tak pernah tengok. Jom kita lihat...
Berikut gambar dan nama kurma
Wednesday, January 19, 2011
Peringatan pada yang hidup
WAMAL HAYAATUD DUN-YAA ILLAA MATAA'UL GHU-RUUR (QS.III Ali imran : 185)
maksudnya " kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan"
maksudnya " kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan"
Doa Amalan Pengamal Perubatan Tradisional
Laqad jaakum rasulum min anfusakum azizun alaihi ma anittum harisun alaikum bil mu'mini na rahu furrahim fain tawallau fakul hasbiallah hula ilahailla hua alaihi tawakaltu wahuwa rabbul arsil azim
Saturday, January 15, 2011
Wasiat Rasullah
Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah “Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasihNya. Maka taati dan bertakwalah kepadaNya. Aku wariskan dua perkara pada kalian iaitu Al-Quran dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintai aku, akan masuk syurga bersama-sama denganku.”
CINTANYA RASULULLAH S.A.W. KEPADA KITA
Saat-saat Akhir Hayat Rasullah
Malaikat Maut telah bersedia untuk melakukan tugasnya. Perlahan roh Rasulullah di tarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh dan urat-urat lehernya menegang. “Wahai Jibril, betapa sakitnya sakaratul maut ini” perlahan Rasulullah mengaduh.
Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. “Jijikkah engkau melihatku sehingga engkau palingkan wajahmu wahai Jibril?” Tanya Rasulullah kepada malaikat penghantar wahyu itu. “Siapakah yang sanggup melihat kekasih Allah yang sedang ditimpa sakitnya maut” kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah berkata kerana sakit yang tidak tertahan lagi. “Ya Allah, dahsyatnya maut ini, timpakan saja semuanya siksa maut ini kepadaku dan jangan pada umatku”. Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu. Ali segera mendekatkan telinganya “Peliharalah solat dan peliharalah orang-orang yang lemah diantara kamu” bisik Rasulullah.
Di luar pintu, tangisan mulai kedengaran bersahutan dan sahabat saling berpelukan. Fatimah menutup wajahnya dengan tangan dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. “Umatku, umatku, umatku” bisik Rasulullah lagi dan berakhirlah hidup manusia mulia yang membawa sinaran. Kini mampukah kita mencintai sepertinya?.
Hayatilah betapa besarnya kecintaan Rasulullah kepada kita.

Monday, January 10, 2011
Renungan
Barang siapa yang mengganggap hukum lain lebih baik atau sama dengan hukum Allah maka dia telah melakukan syirik yang besar, keluar dari agama Islam iaitu kafir & dia perlu mengucap kalimah syahadah serta mengakui kesilapan yang telah dilakukan.
Wednesday, January 5, 2011
Ibu Oh Ibu
Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita.Kita adalah di bawah siksa Allah
* Jika kita ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik dan kita tak pernah kecukupan duit
* Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata.
balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya.
* Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka Ø Melihat kaabah sehingga menitis air mata Ø Membaca quran sehingga menitis air mata Ø Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata
* 3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor! Ø Anak Ø Ibu Ø Suami
Selingan: kata ustaz kalau kita ada perselisihan faham dgn suami / isteri sampai nak bercerai, tgk laa muka bila dia tidor kalau masih terbit perasan kasih, saying, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada rasa tu semua maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed pi mahkamah J
* Orang yang selalu menatap and memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya… kira tak menangis teruk laa.. Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang laa selalu
* Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu
*Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakkan ibu kita di tempat yang terbaik
*Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil “wasilah amal” Ø “Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini” Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal-hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita
* Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun, then cakap dengan Allah Ø “Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini” Ø “Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini”
* Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!
*Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita yang telah tiada!
* Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup
* contoh. pi ke pusara mak kita cakap..“Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia tengok cucu mak kawinkan” atau “bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..” luahkan kepada ibu / bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh doakan kita dari sana.
* Bila lalu kubur, beri salam! Mereka akan doakan kita “berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini”
* Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan
* Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..
* Bila nak berbelanja @ spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!
*Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”. Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana .
* Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah
* Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak anaknya. Jagalah mereka dengan baik insyallah, syurga balasanya. Jadi kalau tahu ibu / bapa sakit, berebutlah menjaga ibu / bapa kita. Besar sangat pahalanya.
* Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit / malu / miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita
* Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari
Anak Lari Dari Rumah
*Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari
* Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya
Anak Degil
* Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK
e.g. Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia. Nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see.
Wallahualam.., marilah kita sama2 praktikan
Saturday, January 1, 2011
Semangat Melayu
Saiful Bahri nama samaran Suria Buana berasal dari Indonesia telah mencipta Lagu 'Malaysia Berjaya' dan 'Ini lah Barisan Kita'
Subscribe to:
Posts (Atom)