Mengikut kajian, purata menunjukkan manusia mampu bertahan selama 50 hari tanpa makan dan minum dan rekod paling lama adalah 74 hari. Namun, sesuatu yang agak mengejutkan apabila terdapat seorang lelaki di India, Prahlad Jani, 82 mendakwa yang dirinya tidak pernah makan dan minum selama 70 tahun, mampu bertahan dan mampu menjalani rutin harian seperti orang lain. Oleh kerana keunikan yang berlaku pada Prahlad, dia telah dikuarantin bagi tujuan kajian di sebuah hospital di Ahmedabad, dalam daerah Gujarat, India. Selama enam hari diisolasi, Prahlad tidak pernah menyentuh makanan dan minuman serta tidak menunjukkan sebarang gejala penurunan stamina atau dehidrasi. Pada masa yang sama, kajian masih lagi dijalankan bagi mendapatkan maklumat secara terperinci berkenaan ‘keunikan’ yang ada pada diri Prahlad.dalam masa yang sama beliau tidak membuang air.
