Sunday, March 31, 2013
Saturday, March 23, 2013
1 Pulau 2 Negara Pulau Sebatik - Malaysia Dan Indonesia!
Pulau Sebatik keunikan dari aspek status pemilikannya. Pulau seluas km persegi ini terbelah di tengah-tengah oleh sempadan antarabangsa dua buah negara iaitu Malaysia dan Indonesia.
Keluasan keseluruhan Pulau Sebatik ialah 452.2 km persegi manakala keluasan Pulau Sebatik yang termasuk dalam wilayah Malaysia ialah 204.7 km persegi. Bagaimanapun jumlah penduduk di wilayah Malaysia hanya 25,000 sahaja berbanding dengan wilayah Indonesia seramai 80,000 orang - lebih 3 kali ganda.
Jarak Pulau Sebatik dari Tawau hanya 8 km sahaja dan dipisahkan oleh Telok Cowie. Perjalanan menaiki bot hanya mengambil masa 20 minit sahaja dari jeti Tawau ke jeti Kampung Sungai Tongkang.
Jarak Pulau Sebatik dari Tawau hanya 8 km sahaja dan dipisahkan oleh Telok Cowie. Perjalanan menaiki bot hanya mengambil masa 20 minit sahaja dari jeti Tawau ke jeti Kampung Sungai Tongkang.

Menulis perkataan Telok Cowie, teringat aku tentang satu tragedi kemalangan sebuah pesawat Caribou TUDM dalam tahun 1970 yang mengorbankan 11 orang termasuk juruterbangnya. Hampir kesemua penumpang yang terkorban adalah anggota tentera darat.
Sukar untuk mendapat maklumat mengenai Pulau Sebatik sebelah Malaysia. Aku menyusuri websait dan blog-blog berkaitan dengan Pulau Sebatik, kebanyakannya ditulis oleh rakyat Indonesia. Disamping cerita berkaitan semangat keIndonesiaan khususnya yang melibatkan isu persempadanan, pemilikan perairan dan pulau-pulau sekitar sebelah Kalimantan Timur.
Tetapi kebanyakan suara rakyat Indonesia, merasakan kekecewaan mereka kerana Pulau Sebatik telah terpinggir dari arus pembangunan Indonesia. Mereka seperti dianaktirikan oleh kerajaan Indonesia. Rata-rata mereka memuji keprihatinan Kerajaan Malaysia mengenai pembangunan rakyatnya. Malah ekonomi rakyat Indonesia di Pulau Sebatik adalah bergantung berat ke arah Malaysia. Hasil mahsul pertanian dan perikanan mereka dijual ke Malaysia (khususnya Tawau) dan mereka mendapat bekalan barang keperluan harian dari bandar Tawau. Malahan kata mereka harga barangan di Malaysia jauh lebih murah dari di Indonesia. Matawang RM diterima secara meluas di wilayah Indonesia.
Penduduk Indonesia banyak bertumpu di sempadan Malaysia. Walaupun terdapat batu penanda sempadan di sepanjang sempadan negara, ia tidak diberatkan. Ada rumah rakyat Indonesia yang anjungnya di wilayah Indinesia, dapur dan bilik airnya di wilayah Sabah. Ramai penduduk Indonesia mengusahakan tanah di Malaysia dengan cara sewaan. Katanya harga tanah di Indonesia kira-kira 10 juta Rupiah (sehektar, manakala di Malaysia mereka boleh menyewa hanya RM100 sahaja (Rp280,000) untuk ukuran tanah 9 x 17 meter.
Dari aspek pembangunan, diberitakan wujud perbezaan pembangunan prasarana yg amat ketara di antara dua wilayah. Malah sarjana Indionesia dalam kajian mereka telah melahirkan kebimbangan atau kekhuatiran jika Kerajaan Indonesia terus menerus tidak mengambil berat ke atas pembangunan ekonomi di Pulau Sebatik, mereka mungkin mahu menjadi sebahagian dari wilayah Malaysia kerana mahukan kehidupan yang lebih makmur.

Foto : Salah satu pos kawalan sempadan pihak Indonesia. Wilayah Malaysia dibelakang rumah tu saja.

Sukar untuk mendapat maklumat mengenai Pulau Sebatik sebelah Malaysia. Aku menyusuri websait dan blog-blog berkaitan dengan Pulau Sebatik, kebanyakannya ditulis oleh rakyat Indonesia. Disamping cerita berkaitan semangat keIndonesiaan khususnya yang melibatkan isu persempadanan, pemilikan perairan dan pulau-pulau sekitar sebelah Kalimantan Timur.
Tetapi kebanyakan suara rakyat Indonesia, merasakan kekecewaan mereka kerana Pulau Sebatik telah terpinggir dari arus pembangunan Indonesia. Mereka seperti dianaktirikan oleh kerajaan Indonesia. Rata-rata mereka memuji keprihatinan Kerajaan Malaysia mengenai pembangunan rakyatnya. Malah ekonomi rakyat Indonesia di Pulau Sebatik adalah bergantung berat ke arah Malaysia. Hasil mahsul pertanian dan perikanan mereka dijual ke Malaysia (khususnya Tawau) dan mereka mendapat bekalan barang keperluan harian dari bandar Tawau. Malahan kata mereka harga barangan di Malaysia jauh lebih murah dari di Indonesia. Matawang RM diterima secara meluas di wilayah Indonesia.

Dari aspek pembangunan, diberitakan wujud perbezaan pembangunan prasarana yg amat ketara di antara dua wilayah. Malah sarjana Indionesia dalam kajian mereka telah melahirkan kebimbangan atau kekhuatiran jika Kerajaan Indonesia terus menerus tidak mengambil berat ke atas pembangunan ekonomi di Pulau Sebatik, mereka mungkin mahu menjadi sebahagian dari wilayah Malaysia kerana mahukan kehidupan yang lebih makmur.

Foto : Salah satu pos kawalan sempadan pihak Indonesia. Wilayah Malaysia dibelakang rumah tu saja.

Thursday, March 21, 2013
Untuk Pengguna Broadband
Assalamualaikum W.B.T!
Pasti anda bengang kan andai Broadband anda lembab tahap siput!
Jom kita belajar Cara Nak Hack Limit Celcom/Maxis Broadband!
Kalau korang dah overlimit celcom broadband, confirm dia akan jadi slow tahap gaban!
So, di sini ada 2 cara untuk bypass limit tu!
1. Cara manual.
kalau korang surf youtube ke, download lagu ke, software ke, tapi tiba-tiba slow, korangdisconnect dulu, then reconnect, Pastu resume.
Tapi benda ni kena buat berulang-ulang la baru dapat speed yang asal.
2. Ping of death.
Ping of death ni bermaksud, kita attack ip celcom 3g yang kita dapat dan hantar message kepadasystem ip tersebut untuk memanipulasi talian tersebut.
Vista/xp anda kena RUN “cmd”, kalau Windows 7, tekan start, type “cmd” kat search bar tu
kalau dah buka cmd tu, just type “ipconfig/all”!
Kamu ipv4 address Celcom 3g kamu. Scroll je ke sampai jumpa.
Contohnya 10.174.176.230.
Buka notepad, type "ping 10.174.176.230"!
Tekan enter, pastu type “connections”!
Save as namafiletu.bat
file type = all type
Save.
Click file tu!
Biarkan benda tu selama mana yang kamu mahu!
Simple bukan?
Tuesday, March 12, 2013
15 Rahsia Keajaiban Kaabah

ASSALAMUALAIKUM.WRH.WBT
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
15 RAHSIA KEAJAIBAN KAABAH YANG PERLU DIKETAHUI
Berikut 15 perkara merupakan keajaipan yang kurang diketahui ramai tentang struktur Kaabah dari sudut sains :
1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.
4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.
5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman.kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itulah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.
9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.
10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.
11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.
12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Kaabah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.
13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.
14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.
15. Selepas selesai semua itu barulah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.
"Semoga dengan serba sedikit perkongsian ini dapat memberikan kita manfaat bersama
إن شاء الله
(Peringatan buat diriku sahabat muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah serta umat yang dirindui Rasullullah)

Monday, March 11, 2013
Salasilah Kesultanan Sulu
Sultan Jamalul Kiram III (yang kononnya adalah Sultan Sulu) berkata: "Mengapa kita perlu meninggalkan rumah kita sendiri? Malah, mereka (rakyat Malaysia) patut membayar sewa (kepada kita),"
"Pengikut kami akan tinggal di (bandar Sabah) Lahad Datu. Tiada siapa yang akan dihantar (balik) ke Filipina. Sabah adalah rumah kami!" katanya.
Membaca kenyataan di atas, Encik Billy tertanya-tanya; 'Apakah yang dimaksudkan oleh Sultan Jamalul Kiram tersebut?' Dan mengapa beliau menuntut Sabah? Maka bermulalah pencarian Encik Billy dan berikut info-info yang dapat Encik Billy kumpulkan:
- Sebelum abad ke-6, hampir seluruh kepulauan Borneo adalah di bawah kuasa kesultanan Brunei. Sumber dari Rekod Sejarah Brunei (Brunei Annals)pada tahun 600 Masihi, merekodkan tentang perhubungan diplomatik dan perdagangan antara kerajaan Brunei dan Kerajaaan Cina pada ketika itu.
Peta Borneo di lukis oleh Sepanyol pada abad ke-16
- Kesultanan Sulu mula berkuasa ke atas Sabah sekitar tahun 1662 apabila, perebutan Kuasa antara Sultan Mohammad Ali dan Bendahara Abdul Mumin. Sultan Brunei terpaksa meminta pertolongan dari Sultan Sulu untuk menghapuskan pemberontak yang ingin menggulingkan Sultan Mohammad Ali. Sebagai ganjarannya, Sultan Brunei telah memberikan separuh daripada Sabah (bahagaian Pantai Timur Borneo) kepada Sultan Sulu.
- British mula bertapak keatas Sabah seawal tahun 1760-an apabila Alexander Dalrymple membuat perjanjian dengan Sultan Sulu untuk membuka pangkalan perdagangan Syarikat Hindia-Timur British di Pulau Balembangan yang terletak kira-kira 20 batu dari utara Kudat. Dalrymple kemudian mengganti nama pulau Balembangan kepada “Felecia”. Walaubagaimanapun pertapakan syarikat British di Pulau tersebut tidak lama apabila pulau tersebut akhirnya di tinggalkan pada tahun 1805.
- Pada tahun 1850-an, Wakil Amerika iaitu Charles Lee Moses telah membuat perjanjian pajakan dengan sewa $ 9,500 setahun selama 10 tahun dengan Sultan Brunei. Tidak lama kemudian, Moses telah menyerah pajakan tersebut kepada pedagang AS di Hongkong iaitu Joseph Torrey dan Thomas Harris.
- Akibat menghadapi masalah kewangan, pada tahun 1875, Torrey telah menjual haknya kepada Baron Gustavus Baron Overbeck berbangsa Austria yang bekerjasama dengan saudagar kaya dari British bernama Alfred Dent. Pada tahun 1877 Overbeck telah Berjaya mendapat pajakan seluruh hak tanah sultan Brunei di Sabah selama 10 tahun lagi iaitu dengan sewa sebanyak $ 15,000 setahun.
Penyerahan Sabah oleh Sultan Sulu Kepada British:
- Pada tahun 1878 pula, Overbeck telah berunding dengan Sultan sulu untuk menandatangani perjanjian serah hak tanah di bawah kuasa Sultan Sulu kepada Syarikat Overbeck. Sultan sulu bersetuju untuk menyerahkan haknya dengan bayaran $ 5,000 setahun. Perjanjian ini lah yang menjadi kontroversi dan isu tuntutan Sulu terhadap Pantai Timur Sabah sehingga sekarang kerana Sultan Sulu beranggapan, pihaknya hanya menyewakan tanah tersebut kepada British sedangkan dalam surat yang di tulis dalam bahasa arab menyatakan SULU MENYERAHKAN BORNEO UTARA kepada British.
Surat perjanjian penyerahan Borneo Utara kepada British
- Selain tertipu, Sultan Sulu juga menyerahkan seluruh haknya kepada British kerana kedua-dua pihak tersebut memiliki kerjasama sulit dalam hal perdagangan senjata api dan ubat bedil.
- Sehingga kini, Sabah masih membayar sewa kepada Sultan Sulu sebanyak $5000 di sebabkan terdapat klausa dalam perjanjian tersebut yang berkata ; “sekarang ini saya berikan ini kepada kamu sebagai sewa sehingga tidak ada matahari dan bulan”.
- British walaubagaimanapun mengukuhkan kuasanya di tanah Sabah apabila Syarikat Overbeck dan Dent mengalami masalah kewangan dan terpaksa meminta suntikan kewangan daripada kerajaan British pada tahun 1878. British bersetuju untuk memberi bantuan kewangan dengan syarat hanya wakil British sahaja yang boleh berada di Borneo Utara. Dengan itu, Overbeck yang berbangsa Austria terpaksa menjualkan semua sahamnya kepada Alfred Dent.
- Pada tahun 1888, Borneo Utara di letakkan di bawah naungan British di mana kerajaan British akan memberikan perlindungan kepada Borneo Utara di bawah pengaruh British.
- 86 tahun kemudian, pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara baru diisytiharkan di Padang Merdeka. Sabah menjadi sebuah negeri yang merdeka dan berdaulat,walaupun terdapat tuntutan tidak sah Filipina ke atas Sabah.
Siapa Sultan Sulu Sebenarnya?
- Sejak Sultan Jamalul Kiram II meninggal dunia pada 7 Jun 1936, semakin ramai yang membuat tuntutan bahawa mereka merupakan pewaris kesultanan Sulu. Masing-masing mereka memiliki keyakinan bahawa mereka pewaris Sultan menyebabkan kini terdapat lebih 300 orang di Filipina mendakwa diri mereka merupakan sultan Sulu yang sebenar.
- Di Sabah sendiri, setakat ini, terdapat tiga individu yang mengaku bahawa mereka layak ditabalkan sebagai Sultan Sulu. Malah pada 2 Februari 2012, seorang lagi menabalkan dirinya sebagai Sultan Sulu dalam satu majlis di Kampung Likas.
- Banyak persoalan yang timbul mengenai keabsahan perisytiharan itu. Persoalannya,bagaimana seseorang yang menjadi warganegara Malaysia boleh diisytiharkan sebagai Sultan Sulu ke-33 dan menubuhkan pula kerajaan Sulu dalam buangan di Sabah.
- Sultan Esmail Kiram II dan Sultan Jamalul Kiram III : Kedua-dua mereka ini adalah adik beradik dan anak kepada Sultan Punjungan Kiram. Dikatakan Punjungan ini merupakan anak kepada Sultan Mawallil Wasit.
- Realiti yang sebenarnya adalah nenek mereka dari Pulau Simunul, Tawi-Tawai, yang bernama Mora Napsa Laga, telah dirampas untuk dijadikan isteri oleh Sultan Mawallil Wasit dalam keadaan telah pun mengandungkan zuriat suaminya yang sebenar, seorang Imam bernama Amil Hamja! Justeru itu, Punjungan ini sebenarnya hanyalah anak tiri kepada Sultan Mawallil Wasit.
- Selepas kematian Sultan Punjungan Kiram pada tahun 1983, anak sulungnya iaitu Raja Muda Jamalul Kiram III telah ditabalkan oleh para penyokongnya sebagai Sultan Sulu. Walaubagaimanapun, kerana dia tinggal di Manila dan enggan berdiam di Jolo, bertentangan dengan adat Sulu, maka adiknya, Raja Muda Esmail Kiram II kemudian telah dilantik sebagai Sultan pada tahun 2001. Sultan Jamalul Kiram III ini pernah bertanding dalam pilihanraya negara Filipina.
- Sementara Sultan Esmail Kiram II inilah ‘Sultan Sulu’ yang pernah mengancam untuk melancarkan ‘Perang Jihad’ kepada Malaysia pada tahun 1993 dan 2001 jika Sabah tidak diserahkan kepadanya. Atau sebagai balasannya, bayar sahaja ganti rugi sebanyak USD 10 Bilion kepadanya.
Sunday, March 10, 2013
Saturday, March 2, 2013
Pencerohohan Lahad Datu

BERIKUT adalah kronologi pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina:
9 Feb - Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.
11 Feb - Sebahagian daripada anggota kumpulan itu dikesan sekumpulan nelayan tempatan pada waktu malam dan nelayan tersebut membuat laporan polis mengenai lebih 100 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata api berkampung di Kampung Tandou.
12 Feb - Kumpulan itu dikenal pasti berpecah di beberapa lokasi di kampung itu iaitu di kawasan sungai bakau kampung itu, sebuah surau di kampung itu dan rumah Ahmad Malandi atau dikenali Mad bon.
14 Feb - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan, bagi menangani isu pencerobohan tersebut sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan itu.
14 Feb - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari Selatan Filipina. Ismail berkata kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal.
14 Feb - Laporan memetik salah seorang anggota tentera Filipina yang merupakan pengikut setia Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram sebagai berkata kedatangan kumpulan tersebut selepas mendapat jemputan pihak pembangkang untuk membincangkan isu tanah di Sabah.
16 Feb - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kumpulan tersebut bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya penyokong kuat 'Kesultanan Sulu' dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalah terkawal. Kumpulan itu yang mahu dikenali sebagai 'Askar Diraja Kesultanan Sulu'
antara lain menuntut Sabah dikembalikan ke wilayah kesultanan Sulu, kerana sebelum ia diambil British ia di bawah kerajaan Sulu.
18 Feb - Hishammuddin berkata, kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasa bekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukan secara diplomasi tanpa sebarang pertumpahan darah.
24 Feb - Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu.
26 Feb - Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankan terhadap kumpulan penceroboh itu.
28 Feb - Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu. Gesaan tersebut disuarakan adik bongsu Jamalul, Agbimuddin Kiram yang menegaskan hanya abangnya boleh mengarahkan kira-kira 180 'tentera diraja' meninggalkan Felda Sahabat 17, Lahad Datu.
1 Mac - Pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan sekumpulan kecil kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada kepungan polis di Kampung Tanduo, menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera. Dua belas penceroboh bersenjata terbunuh,
Friday, March 1, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)