Tuesday, January 29, 2013

Sultan Hasanal Bolkiah Sulan Brunei


Gambar keindahan dalaman istana Sultan Brunei


Seringkali kita mendengar di kuliah-kuliah ataupun ceramah-ceramah agama tentang ayat di atas yang membawa maksud "Jika kamu hendak menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak mampu menghitungnya". Terlalu besar nikmat yang Allah beri pada hamba-hambaNya.



Sultan Brunei, Sultan Hasanal Bolkiah yang merupakan sultan kedua terkaya di dunia dengan kekayaan berjumlah RM 65 billion dan setiap hari kekayaan itu akan meningkat. Selain itu, beliau juga amat gemar mengumpul kereta-kereta mewah dan sehingga kini koleksi kereta beliau melebihi 7000 buah kereta. Tuanku Sultan juga memilki jet peribadi mewah, beberapa istana megah dan banyak lagi. Sangat luar biasa!

Baru-baru ini kita dikhabarkan berita gembira dari Negara Brunei yang Sultan Hasanal Bolkiah akan melaksanakan hukum hudud di negaranya. Allah tidak hanya memberi nikmat kekayaan kepadanya, bahkan Allah mengurniakan nikmat IMAN dan ISLAM. Mudah-mudahan Tuanku Sultan berada di bawah rahmat dan redha Allah s.w.t. Allahuakbar!!!
Kita ziarah Istana Sultan Brunei ini yang diberi nama Istana Nurul Iman yang hampir keseluruhannya bersalut EMAS!



Istana tersebut memiliki 650 'suite room' yang setiap satunya dilengkapi perabot yang bersalut emas dan bertatahkan berlian yang harganya hampir RM 600,000. Layan je lah gambar2 di bawah ni...



Baginda memiliki 7,000 buah kereta berprestasi tinggi dengan anggaran harga keseluruhan mencecah AS$5 bilion (RM15.9 bilion).



Menurut akhbar Daily Mirror, setakat 30 Jun 2010, beliau memiliki 604 buah Rolls Royce, 574 Mercedes-Benze, 452 Ferrari, 382 Bentley, 209 BMW, 179 Jaguar, 134 Koenigsegg, 21 Lamborghini, 11 Aston Martin dan sebuah SSC.

Koleksi penuh kereta itu disimpan dan diselenggarakan di lima buah hangar pesawat yang lokasinya dirahsiakan.

Baginda juga memiliki barangan peribadi dan perabot bersalut emas dan berlian.



Baginda juga memiliki pesawat peribadi yang dilengkapi perabot dari EMAS!


Singki pun bersalut emas!
Kekayaan Sultan Hasanal Bolkiah sangat luar biasa! Mungkin kerana berkat negara yang mengamalkan undang-undang Allah s.w.t. Semoga Allah merahmati Negara Brunei. Ada kerja kosong tak kat sana? Hehehe...

Monday, January 14, 2013


10 Tanda Awal Menghidap Penyakit Buah Pinggang
Untuk mengetahuinya mari kita lihat tanda-tanda awal penyakit buah pinggang yang saya kongsikan di bawah.

  • Anda perhatikan perubahan dalam pembuangan air kencing. Lihat pada kekerapan pembuangan air kencing samada anda kencing dengan kerap atau kurang kerap dari kebiasaan. Perhatikan juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing anda.
  • Anda mengalami keletihan sepanjang masa. Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Tanda penghasilan sel darah merah yang mencukupi boleh menyebabkan anemia dan akibatnya anda akan mengalami keletihan yang melampau.
  • Anda mengalami pembengkakan pada salah satu anggota di tubuh badan. Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan anda. Dan sebaliknya akan berlaku sekiranya buah pinggang anda mengalami kegagalan.
  • Anda mengalami ruam dan kegatalan. Kegagalan buah pingganguntuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh anda akan menyebabkan anda mengalami kegatalan yang teruk.
  • Perhatikan sekiranya ada rasa seperti logam di dalam mulut anda. Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.
  • Anda mengalami loya dan muntah-muntah. Ini juga disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah.
  • Anda berasa sejuk sepanjang masa. Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas.
  • Anda merasa kesukaran untuk bernafas. Ini tanda awal penyakit buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.
  • Anda merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah. Ini  adalah tempat terletaknya buah pinggang anda. Beberapa bentuk penyakit buah pinggang boleh menyebabkan ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.
  • Anda kerap berasa pening kepala. Ini boleh disebabkan oleh anemia yang mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam otak.

Wednesday, January 9, 2013



Apa yang ganjil dalam gambar ini

Kalimah Alah antara Kebenaran dan Logik


Kalimah Allah: Polemik gelombang kedua

-,09 Jan 2013


1. Isu mengizinkan atau mengharamkan penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain khasnya agama-agama samawiyyat (langit) seperti Kristian dan Yahudi sekali lagi menjadi polemik besar yang boleh sahaja meledakkan negara ini.
PAS tetap tegas menyatakan pendiriannya sekaligus membuktikan bahawa bukan sokogan politik atau undi yang diburu PAS, tetapi berusaha matlamat meletakkan -Islam yang syamil-mutakamil dan kedudukan Allah sebagai Rabbul 'Alamiin -Tuhan Seru Semesta Alam ini dalam jajaran perjuanganya mendaulatkan Islam yang bakal menaungi semua.


2. Merujuk kepada sandaran utama Syariah Islam yakni Al-Quran, ayat-ayat secara dalil yang jelas menerangkan kedudukan perkara ini. Contoh-contoh ayat di mana perkara ini menjadi maudhu’ bicara atau Khitob Allah SWT adalah dalam ayat-ayat dalam surah Az-Zumar: 3, Luqman:25 dan yang paling jelas ialah pengakuan Allah sendiri bahawa namanya ditasbihkan dalam tempat-tempat ibadat kaum Yahudi dan Nasrani di samping di masjid dalam surah Hajj ayat 40.

3. Beristidlal secara yang betul yakni pertama menggunakan Al-Quran, As-Sunnah dbsnya, akan menemukan kita bahawa bahawa hukum asalnya ialah ianya ‘Yazuz’ atau diizinkan, diharuskan dan tidak dilarang.

Jelasnya ia bukan satu yang diharamkan atau kegunaannya ialah secara 'eksklusif' olih ummat Islam sahaja kerana Allah tidak dimilikki ummat Islam sahaja bahkan Allah adalah Tuhan seluruh seru semesta Alam. Penegasan ini yang kita ulangi bacaan setiap hari 17 kali sehari semalam dalam Al-Fatihah ditegaskan olih Sheikh Prof Dr Yusuf Qardhawi.

4. Adapun setelah diharuskan digunakan maka adalah mustahak dan penting untuk keharusan itu tidak disalahgunakan samada konteks yang tidak sesuai seperti merujuk kepada berhala, dewa-dewa dsbnya atau tujuan mendi’ayah ummat Islam dalam program Kristianisasi seperti yang ditakuti atau dikhuatiri ummat Islam di negara ini.

5. Maka barulah betul (sahih) kita merujuk kemudiannya kepada kepada Qawaid Fiqqiyah setelah merujuk kepada al-Quran (cara mencari dalil atau beristidlal yang betul dalam Islam) dan tidak sebaliknya yakni tiba-tiba haram kerana Qaedah ‘as-Sadda az-Zari’ah’ atau perhitungan menutup pintu-pintu kemudaratan, sebelum kita meneliti wujudnya Nas atau Nusus secara jelas tentang perkara atau maudhu tersebut dalam Al-Quran itu sendiri atau dalam Ahadith.

6. Penguasa politik dan pembuat dasar wajar kemudiannya menurunkan enakmen atau peraturan supaya keharmonian antara agama dan budaya dipelihara dan kalimah Allah tidak disalahguna atau eksploitasi untuk tujuan-tujuan salah seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Saya difahamkan sudah ada pihak paderi dan pimpinan gereja dan agama lain yag mahu bekerjasama untuk mempastikan ini dapat dijaga dan dilindungi dengan baik.

7. Berkebetulan juga, inilah uslub atau pendekatan paling cantik, wajar dan sesuai dalam menghidupkan budaya
Politik 'Li Ta’arafu' dalam landskap demokratik baru politik nasional negara ini.

Inilah dia sesungguhnya pendekatan ‘pertegahan’ atau ‘Uslub Wasotiyyah’ PAS, yang kini disenangi oleh pelbagai pihak – Melayu-Islam dan penganut agama lain sekaligus mengisi tuntutan ‘ruang tengah’ politik negara.

Penulis masih ingat bahawa inilah pesanan dan amanat Sheikh Prof Dr Yusuf Qardhawi ketika mengadakan muzakarah tertutup dengan pimpinan tertinggi PAS sebelum pilihanraya umum ke-12 dulu, supaya PAS mengambil uslub ini dalam megendalikan pendekatan 'Siasatut Dakwah'nya.

Setiap kebijakan atau polisi Siasahnya mempunyai perhitungan Dakwahnya dan setiap langkah Dakwahnya mempunyai perhitungan mengimbangi tuntutan Dakwahnya

Saturday, January 5, 2013

Elaun Ketua-ketua Negara



Elaun untuk Agong dan Permaisuri Agong

Ini adalah dibawah Undang-undang Malaysia Akta 269 (Akta Peruntukan Diraja 1982).
Ini budget tahunan untuk Agong. Akan dibayar secara bulanan kepada Agong. 
Selain dari elaun untuk Agong ni, mereka masih dapat elaun Sultan di negeri masing masing.

1. Privy Purse - RM360,000 (bermakna bulanan adalah RM30,000).
2. Elaun kerajaan - RM120,000 (bulanan sebanyak RM10,000)
3. Elaun diraja Istana Negara - RM144,000 (bulanan sebanyak RM12,000)

So, total setiap bulan seorang Agong dapat adalah sebanyak RM52,000 .

Elaun untuk Permaisuri Agong ialah

1. Privy Purse - RM67,200 (iaitu RM5,600 sebulan).
2. Elaun kerajaan - RM21,600 (RM1,800 sebulan).

Total sebulan Permaisuri Agong dapat ialah RM7,400.

Selain daripada tu, setiap tahun Agong dapat lebih RM53 million untuk perbelanjaan istana, 
sambutan tetamu dan untuk gaji pekerja dia. Breakdown nya adalah seperti berikut

1. Perbelanjaan istana dan sambutan tetamu - RM52,259,100
2. Gaji kakitangan istana - RM1,004,880

Elaun untuk bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong

Setiap bekas Agong yang tukar setiap 5 tahun tu akan dapat elaun bekas Agong dan 
bekas Permaisuri Agong. Ini adalah dibawah peruntukan Undang-undang Malaysia 
Akta 270 (Akta Istana Negara Elaun-elaun Diraja 1982) pindaan 2006.

Dibawah akta ni elaun akan dibayar kepada bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong 
setiap bulan untuk seumur hidup. Contoh nya lah kan , macam Sultan Azlan (bekas Agong), 
selain dari elaun Sultan dia dapat tiap bulan, dia juga dapat elaun bekas Agong.

1. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Agong - RM15,180 sebulan.
2. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Permaisuri Agong - RM4,500 sebulan.

Pencen khas untuk balu Agong

Ini adalah pencen untuk balu Agong. Bermakna kalau Agong tu meninggal semasa dia tengah jadi Agong, so balu dia akan dapat pencen ni. Contohnya pencen khas ni Siti Aishah dapat sebab Sultan Selangor mati masa tu dia tengah jadi Agong kan . Kira untung lah Siti Aishah ni sebab dapat pencen khas. Anyway, ini adalah di bawah Undang-undang Malaysia Akta 223 (Akta Pencen Khas Raja Permaisuri Agong 1979).

So, ini lah yang Siti Aishah dapat.

1. Pencen seumur hidup - RM4,500 sebulan.
2. Kereta (cukai jalan dan bayaran pendaftaran percuma) atau wang pukal RM250,000 untuk kereta. Juga dapat RM2,590.87 sebulan untuk driver dan maintenance of car.
3. Rumah Kerajaan yang akan disenggara oleh Kerajaan atau wang pukal RM750,000.

Elaun Sultan dan kerabat (contoh Kedah)

Elaun untuk Sultan dan kerabat kat setiap negeri adalah dibawah peruntukan negeri masing-masing. Setiap negeri ada Enakmen Peruntukan Diraja. Ini contoh untuk Kedah. Basically, kat negeri negeri lain pun lebih kurang sama juga amount nya.

1. Elaun Sultan - RM52,600 sebulan.
2. Elaun keraian Sultan = RM15,480

So, setiap bulan Sultan (contoh disini ialah Sultan Kedah) ialah sebanyak RM68,080.

Untuk Sultanah pulak elaun nya adalah

1. Elaun Sultanah - RM12,000 sebulan
2. Elaun peribadi Sultanah - RM2,600 sebulan.

Sebulan Sultanah akan dapat RM14,600.

Elaun lain lain untuk kerabat ialah
Raja Muda - RM13,000
Raja Puan Muda - RM5,200
Tunku Bendahara - RM4,000
Bini Tunku Bendahara - RM1,250
Tunku Temenggung - RM3,500
Isteri Tunku Temenggung - RM900
Tunku Laksamana - RM3,000
Isteri Tunku Laksamana - RM600

Banyak lagi elaun untuk kerabat bergelar.

Selain daripada tu kerabat-kerabat lain pun dapat allowances juga. Contoh macam anak anak Sultan dapat allowace dalam RM1,000 sebulan and kerabat jauh sikit (bukan anak Sultan) dinamakan kerabat kategori 2 juga dapat allowace sebanyak RM500 sebulan.

Gaji dan allowances untuk Perdana Menteri, Menteri dan Ahli Parlimen

Ini semua adalah dibawah Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) pindaan 2005 ....

Gaji untuk Perdana Menteri, Menteri, MP adalah seperti berikut,

Perdana Menteri - RM22,826.65 sebulan
Timbalan Perdana Menteri - RM18,168.15 sebulan
Menteri-menteri Kabinet - RM14,907.20 sebulan.
Timbalan Menteri-menteri Kabinet - RM10,847.65 sebulan
Setiausaha Parlimen - RM7, 187.40

Ahli Dewan Negara - RM6,508.59
Ahli Dewan Rakyat (ni kira MP lah) - RM4,112.79

Ini formula untuk calculate pencen bekas MP.

Pencen:
1/144 x tempoh perkhidmatan (bulan) x Gaji

Minimum pencen dapat ialah separuh dari gaji MP. Bermakna kalau jadi MP satu penggal pun akan dapat pencen paling sikit pun RM2, 056.40. Lagi lama jadi MP lagi banyak pencen dia akan dapat.

Gratuity:
1/48 x Gaji x 12 x tempoh perkhidmatan (bulan)