Saturday, August 25, 2012


Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: “Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT:”Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris”Surah an-Naba’:18 Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: “Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar,bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri….” Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut:
BARISAN PERTAMA
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. “Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. “Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka…”
BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. “Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. “Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. “Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran,maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.”Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. “Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. “Mereka adalah orang yang derhaka balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. “Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: “Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih…” Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya….

Sunday, August 12, 2012

Awet muda


Memperkenalkan Pmirifica BUST MIRACLE, Sepenuhnya ‘FRANCE FORMULA’…
PMirifica Bust Miracle adalah produk pembesaran payudara yang paling efektif dan berkesan buat masa ini. PMirica Bust Miracle diadun dari 13 sumber herba dan vitamins bagi menjamin kesan yang optimum. 3 unsur yang utama adalah Pueraria Mirifica, Stem Cell dan Collagen.
Bagaimana Pmirifica Bust Miracle Bertindak?
PMirifica Bust Miracle set mengandungi ‘Bust Fluid’, ‘Bust Serum’ dan ‘Bust Intensive Oil’ yang perlu diguna bersama.Kandungan Pueraria Mirifica, Stem Cell & Collagen yang tinggi membantu membesarkan beberapa bahagian pada payudara seperti ‘mammary tissue’, ‘supporting tissue dan ‘fatty tissue’. Untuk pembesaran yang lengkap, 4 perkara mesti diambil kira pada payudara iaitu kandungan collagen yang mencukupi, peredaran darah yang baik, estrogen yang cukup dan faktor pembesaran bagi ‘supporting tissue’. Pmirifica Bust Miracle mempunyai kandungan yang lengkap bagi melakukan 4 kerja tersebut yang dilaksanakan oleh Pueraria Mirifica, Stem Cell & Collagen serta dibantu oleh herba-herba lain (disenaraikan dibawah). Untuk pengetahuan semua, sekiranya hanya kapsul Pueraria Mirifica (mana-mana jenama sekalipun) diamalkan tanpa Bust Fluid, Bust Intensive Oil & Bust Serum (Pmirifica Bust Miracle), kesannya adalah kurang dan lambat kerana kesannya tidak spesifik pada payudara. Pmirifica Bust Miracle juga dilengkapi dengan pelbagai herba yang secara saintifik dapat mencegah kanser payudara.
Pueraria Mirifica mengandungi sumber phytoestrogens (estrogen tumbuhan sumulajadi) yang terbanyak yang diketahui di dunia. Estrogen aktiviti Pueraria Mirifica lebih kuat berbanding Soya, Alfalfa, Red Clover, wild yam atau tumbuhan-tumbuhan lain yang mempunyai phytoestrogen.
Pueraria Mirifica sangat terkenal untuk membantu membesarkan payudara serta memberikan bentuk tubuh yang cantik. Ia mengandungi Phytoestrogen yang sangat baik untuk wanita yang memerlukan estrogen (pre, post, sedang menopause), ia juga menyeimbangi estrogen yang berlebihan. Pueraria Mirifica juga adalah satu-satunya herba yang mengandungi ‘miroestrol’, bahan kimia yang dapat mengekalkan pembesaran payudara!
Semua wanita ingin kekal muda dengan kulit yang lembut seperti 20-an. Tapi sayang, apabila umur telah 26 tahun, kadar penghasilan sel baru bagi tubuh mula berkurangan dan kulit tidak lagi elastik serta kedutan kecil mula kelihatan. Stem Cell membantu memperlahankan penuaan dan mengembalikan keremajaan kulit. Kulit di payudara juga dapat diremajakan dengan Stem Cell agar lebih tegang dan menarik.
Kolagen (Collagen) adalah juzuk tisu perantara utama yang menyokong struktur kulit. Apabila kolagen berkurangan, tanda-tanda penuaan kulit akan kelihatan. Kulit memerlukan sintesis kolagen baru yang berterusan untuk kekal kukuh dan muda. Kolagen menyediakan sokongan struktur untuk kulit. Tanpa kolagen yang mencukupi, kedutan dan garis-garis mula terbentuk. Kolagen membantu menganjalkan payudara dan mempercepatkan pembesaran payudara apabila digabung bersama ramuan herba yang lain seperti pueraria mirifica, stem cell dan sebagainya.
Bahan-bahan lain yang terdapat dalam Pmirica Bust Miracle ialah:
Timun adalah sangat berkesan dalam menyembuhkan pelbagai masalah kulit seperti ruam, selaran matahari dan keradangan. Ia juga membantu dalam melegakan keradangan dan menyejukkan kawasan payudara, dengan itu ia membuat anda berasa lebih selesa. Ia juga membantu mengeluarkan gris dan minyak dari liang-liang, sekaligus menjadikan kulit anda kelihatan lebih muda dan sihat serta membuang toksin yang terdapat pada kulit payudara.
Red Clover banyak digunakan di China, Eropah dan Rusia sebagai ubatan tradisional untuk mengurangkan kesakitan pada payudara dan mengubat masalah menopause. Ia juga membantu menegangkan payudara.
Angelica Polumorpha Sinensis (Dang Gui) dikenali sebagai ginseng wanita, telah digunakan berkurun lama sebagai bahan ubatan. Ia mengandungi bahan antioksida (anti-penuaan) yang tinggi dan seringkali digunakan untuk menyembuhkan penyakit berkaitan wanita.
Cimicifuga Racemosa (black cohosh) sangat popular digunakan untuk membaikpulih hormon wanita yang tidak seimbang. Ia juga membantu untuk mengurangkan ‘symptoms’ menopause. Disamping itu, terdapat juga kajian bahawa black cohosh membantu meransang pengeluaran estogen dalam tubuh. Selain dari itu, ia dapat membantu peredaran darah dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
Olive oil (minyak zaitun) mengandungi antioksidan semulajadi, vitamin A dan vitamin E, serta beberapa polyphenols, yang berupaya untuk menangguhkan penuaan. Melenyapkan radikal bebas dalam badan serta memperbaiki sel badan.
Polygonum Cuspidatum (Japanese Knotweed/Hu Zhang) telah digunakan secara meluas dalam perubatan Cina untuk penjagaan jantung, anti-penuaan dan menguatkan sistem imunisasi badan. Ia juga mempunyai kelebihan sebagai anti-fungal dan anti-viral. Ia mengandungi ‘resveratrol’ yang mempunyai potensi besar sebagai penghalang kanser serta ‘phytoestrogen’ yang dapat meransang pengeluaran estrogen tubuh (baik untuk pembesaran payudara)
Pueraria Lobata membaikpulih pengedaran darah dan menghalang perebakan sel kanser. Ia juga membantu menganjalkan payudara.
Punica Granatum (Delima) adalah salah satu daripada buah yang tertua di dunia. Bahan Punicalagins yang terdapat dalam delima mampu mengurangkan kolesterol, mengurangkan darah tinggi dan sebagai anti-penuaan (antioxidant). Disamping itu, kajian saintifik mendapati buah delima juga mampu menjaga tubuh dari kanser (serta kanser payudara) dan menguatkan imunisasi badan.
Soy Isoflavones sangat baik untuk jantung dan keseimbangan hormon. Ia juga bertindak sebagai penghalang kanser payudara dan mengurangi symptom menopause. Dalam jangkamasa panjang, ia membantu menghalang ‘free radical’ yang boleh menyebabkan kanser dan sebagainnya.
Vitamin A, C & E adalah vitamin-vitamin anti-oksida yang terdapat dalam Pmirifica Bust Miracle. Ia melindungi kulit dari agen radical yang boleh mengakibatkan kanser. Vitamin tersebut juga befungsi mempercepatkan proses penyembuhan dan menguatkan sel-sel kulit.
Pesanan: ADALAH SANGAT PENTING UNTUK MELAKUKAN URUTAN SEPERTI YANG DICADANGKAN, AGAR PERJALANAN DARAH LEBIH LANCAR DAN KOMPONEN DALAM PMIRIFICA BUST MIRACLE MUDAH BERTINDAK DENGAN LEBIH BERKESAN.
1 set Bust Miracle mengandungi Bust Fluid, Bust Intensive Oil dan Bust Serum
HARGA ASAL: RM 210 (SEMENANJUNG) & RM 220 (SABAH & SARAWAK)
HARGA PROMOSI SEKARANG: RM 150 (SEMENANJUNG) & RM 160 (SABAH & SARAWAK);

Sunday, August 5, 2012

Tanda-Tanda Saat-Saat Kematian
a) 100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.
b) 60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.

c) 40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.
d) 7 hari : Mengidam makanan.
e) 5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.
f) 3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.
g) 2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.
h) 1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.
i) Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan) Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.
******Bila Malaikat Mencabut Nyawa******
Baginda Rasullullah S.A.W bersabda: "Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.

" Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S." Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya. Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T."
Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: "Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."  Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka
malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang. Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. 

Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat." Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah. 

Sekian untuk ingatan kita bersama.
Wassallam.

Friday, August 3, 2012

Malam Lailatul Qadar

Pesan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W adalah malam qadar berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir (hari ganjil) bulan ramadhan.

Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk cari mencari malam Lailatul Qadar

Jika awal ramadhan jatuh pada hari:


I) Ahad atau rabu malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan

II) Isnin – malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan;

III) Selasa atau jumaat – malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan;

IV) Khamis- malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan;

V) Sabtu- malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan

Kata sheikh abu hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas. Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.