Friday, April 27, 2012


Untukmu Wanita…
1. Sabda nabi SAW “ Wanita yg taat akan suaminya, semua burung-burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diridhaiNya. ”
2. Sabda nabi SAW: ” wanita yg taat pada suaminya akan tertutup tujuh pintu neraka dan akan  terbuka pintu-pintu syurga Masuklah dari mana saja pintu yg disukainya tanpa hisab ”
3. Nabi SAW bersabda “ Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya ”
4. Dari Ibnu Mas’ud, katanya Nabi SAW bersabda: “ Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya dalam urusan Agama maka Allah akan memasukkannya ke dalam Syurga lebih dahulu dari suaminya (500 thn) karena dia memuliakan suaminya di dunia maka Mendapat pakaian dan bau- bauan syurga utk turun ke mahligai suaminya dan menghadap Allah swt."
5. Ibnu Umar ra berkata, Sabda Nabi SAW ” Wanita yg tinggal di rumah bersama anak-anaknya akan tinggal bersama-samaku dalam syurga, ”
6. Sabda Nabi SAW “ Apabila seseorang itumengandung janin dalam rahimnya maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebaikan dan menghapus baginya seribu kejahatan dan apabila Seorang wanita sakit untuk bersalin maka Allah mencatat baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, Dan apabila si bayi sudah lahir ke dunia dan ibu nya selamat maka terhapuslah dosa ibunya selama hidupnya layaknya bayi yang baru lahir, Namun jika ibunya meninggal maka tidak ada dosa baginya dan Allah akan membuatkan taman indah dalam kubur”
7. Sabda Nabi SAW ” Ya Fatimah! Siapa saja wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, merapihkan kumis dan memotong kuku suaminya, Allah akan memberikan minum untuknya dari sungai - sungai dalam syurga serta Allah Akan meringanka n baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman daripada Taman-taman syurga dan dicatatkan baginya kelepasan dari api neraka dan akan Diselamatkan melintasi titian sirat ”
8. Sabda Nabi SAW “ Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan keringat ketika membuat roti, Allah akan membuat tujuh parit di antara dirinya dengan api neraka di antara parit- parit itu ialah Sejauh langit dan bumi. "
9. Wahai Fatimah, Bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak –anaknya Maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberimakan kepada seribu Orang lapar dan member pakaian kepada seribu orang yang tidak berpakaian.
10. Wahai Fatimah, Bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut Anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian-pakaian mereka dan Mencuci akan diri anaknya itu Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan Sebanyak itu pula pekerjaan yang jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang- orang yang melihatnya.
-------------------------------------------
InsyaALLAH,,.

Monday, April 16, 2012


15 SEBAB ALLAH TURUNKAN BALA!

DARIPADA Saidina Ali bin Abi Thalib ra Rasulullah bersabda:

�Apabila umatku membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang tertentu.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami memperuntukkan kehendak isteri.
5. Anak derhaka terhadap ibunya.
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
7. Anak suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Suara ditinggikan di dalam masjid.
9. Orang menjadi ketua bagi satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
13. Artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

...Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan diubah menjadi makhluk lain...

"..Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri. Oleh itu, kembali kepada yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat.."
Menteri oh menteri
Senarai Gaji Perdana Menteri Malaysia & Gaji Menteri Malaysia :
Perdana Menteri – RM 22,826.65 sebulan
Timbalan Perdana Menteri – RM 18,168.15 sebulan
Menteri-Menteri Kabinet – RM 14,907.20 sebulan.
Timbalan Menteri-Menteri – RM 10,847.65 sebulan
Setiausaha Parlimen - RM 7,187.40 sebulan
Ahli Dewan Negara – RM 6,508.59
Ahli Dewan Rakyat – RM 4,112.79
Elaun-elaun Menteri? Majlis-majlis keramaian, bil telefon, bil air, 

bil elektrik, bercuti, driver, kereta minyak dan lain-lain lagi. 
Semuanya ditanggung

Mekah dipandang dari udara

Sunday, April 15, 2012

House of Representatives
Dewan Rakyat
12th Parliament
Coat of arms or logo
Type
TypeLower house
Leadership
Speaker of the Dewan RakyatPandikar Amin MuliaBN -UMNO
since 28 April 2008
Structure
Members222 Members of Parliament
12th Dewan Rakyat of Malaysia.svg
Political groups
(as of 29 January 2011)
  BN (137)
  PR (75)
  SAPP (2)
  PSM (1)
  Independents (7)
Last general election8 March 2008

Saturday, April 14, 2012

Bekas Tapak Sekolah Kebangsaan Petasih (SKP)
Sebenarnya sekolah rendah kampung saya sudah berpindah dari tapak asal ke satu tapak baru di tepi Laluan Persekutuan 86 beberapa tahun yang lalu. Apa yang istimewa bagi sekolah baru ini ialah ia mempunyai asrama untuk menempatkan murid-murid yang tinggal jauh. Setahu saya ada juga murid yang datang dari luar Jelebu yang bersekolah di sekolah baru ini.


Inilah pintu pagar masuk ke tapak sekolah. Sekolah ini terletak lebih kurang 1.8 km dari rumah ibu saya. Kebanyakan kami hanya berjalan kaki untuk ke sekolah. Bangunan sekolah sudah dirobohkan. Bangunan yang nampak ialah kandang projek ternakan kambing.


Inilah padang sekolah dimana saya dan kawan-kawan bermain di masa kecil-kecil dulu. Saya nampak ada tiang gol. Sudah pasti didirikan oleh budak-buak kampung ini untuk bermain bolasepak. Saya tidak tahu status tanah sekolah ini sekarang. Adakah sudah dimiliki oleh pihak lain selain kerajaan?


Nampak satu lagi tiang gol. Yang ketara ialah kandang projek ternakan kambing. Rumput yang panjang itu ialah untuk makanan kambing. Saya tidak tahu sama ada budak-budak boleh bermain bola lagi dengan kehadiran kandang ini.



Ini papan tanda projek ternakan kambing. Kelihatan seorang pekerja (pengusaha?) projek ini sedang memotong rumput panjang makanan kambing. Yang sudah pasti ialah kandang kambing ini terletak di tapak sekolah lama. Adakah pengusaha ini sudah membeli tanah ini dari kerajaan atau mendapat lesen pendudukan sementara (T.O.L.)? Saya kurang pasti.

Sunday, April 8, 2012

"MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W"

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.


2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma 

adalah sepert rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.


4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, 

menguatkan buah pinggang,membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala 

minuman, ubat segala ubat. Mengubaticirit birit  jika dibancuh 
dengan air panas, membuka selera, menguatkan  perut, 
membuangkahak.Elok diminun waktu pagi dengan air suam.


6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung 
tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater dan
wajahnya.


7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan 

seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang,
memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang
kelupaan.


8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.


9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan,
merawat radang perut.


10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama

 40 hari.

11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang 

popular di restoran Itali)

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-

lahan.Jangan diteguk. Mudahmendapat sakit pada hati. ♥

Kisah kita sebelum lahir kedunia




PERBUALAN SEORANG BAYI SEBELUM KELAHIRANNYA ♥♥

Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

* Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”

Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

* Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”

Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

* Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

* Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

* Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

* Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

* Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”

Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat.”

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu

Friday, April 6, 2012

Beruntungnya Jadi Perempuan


‎6 Sebab Beruntungnya Jadi Perempuan

1) Dia bekerja dengan Allah.. melahirkan zuriat. Tiap-tiap bulan 
dia diberi cuti bergaji
penuh 7 sehingga 15 hari dia tak wajib sembahyang tetapi dianggap sembahyang 
terbaik darinya.

2) Cuti bersalin sehingga 90 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang 
Allah beri 
sebab dia bekerja dengan Allah.Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang dari baligh 
sehingga akhir hayatnya.

3) Sepanjang wanita mengandung Allah akan mengampunkan 
dosanya, lahir saja bayi, 
seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Allah berikan pada wanita, jadi kenapa perlu takut 
nak beranak? Seandainya wanita itu mati sewaktu  bersalin, ia dianggap mati syahid.. 
Allah izinkan terus masuk Syurga..

4) Untuk peringatan wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya, 
isterinya juga 
dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

5) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pa
hala extra yang 
diterimaiatas segala kebaikan suaminya tanpa disedari. Bila dia lihat suaminya terhegeh-
hegeh di titian Sirat, dia boleh bantu dengan memberi pahalanya kepada suami untuk 
lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh  bantu 
begitu juga di akhirat. tetapi jika seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung 
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

6) Suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam 
dan diluar rumah,segala dosa-dosa 
anak isteri yang tak dididik kena tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. 
Dinasihatkan kepada wanita supaya faham akan syariat Allah jangan derhaka. Dan 
semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita danisteri agar tidak menderhaka kpdnya

Tuesday, April 3, 2012

Rakyat Malaysia dari mana-mana kaum yang mempersoal atau mempertikaikan Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf kedudukan dan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera adalah buta sejarah dan tidak memahami Perlembagaan!
Kedudukan orang Melayu sudah ditetapkan pada zaman dahulu iaitu ketika zaman penjajahan British lagi. Bila British sampai ke Tanah Melayu, mereka dapati terdapat beberapa tempat di Semenanjung sudah mempunyai kerajaan dan mereka mengiktiraf kerajaan tersebut. Kerajaan itu ada ramai rakyat (orang Melayu) dan bagi British, rakyat kepada raja itu mempunyai hak yang khusus, orang lain yang datang dan menetap di Tanah Melayu bukan rakyat raja, oleh demikian mereka tidak dapat menikmati hak yang ada pada orang Melayu. Orang bukan Melayu di Semenanjung pada ketika itu bukanlah warga negara ataupun rakyat raja dan mereka hanya berpeluang untuk memohon kewarganegaraan apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1 Februari 1948.

Apabila British mula merancang penubuhan Persekutuan Tanah Melayu sebagai sebuah negara bangsa, apa yang sudah wujud disambung, menjelang tahun 1957, Perlembagaan Persekutuan digubal dan dimasukkan perkara-perkara yang sudah wujud. Justeru, rakyat khususnya kaum-kaum lain perlu sama-sama menghormati hak dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan kerana pada ketika ia digubal dahulu, kaum lain sendiri sudah bersetuju dengan perkara-perkara yang dimasukkan dalam Perlembagaan tersebut.

Kedudukan istimewa orang Melayu telah bermula sejak dahulu dan berasaskan sistem kerajaan yang wujud di Semenanjung Tanah Melayu. Di Semenanjung, sejak 1895 sudah ada sembilan kerajaan yang kekal sampai ke hari ini. Perlembagaan telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian pada tahun 1956, Perlembagaan itu kemudian berkuatkuasa apabila negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Perkara 153 Perlembagaan Malaysia memberi hak kepada Yang di-Pertuan Agong, bertanggungjawab menjaga hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera mana-mana negeri Borneo (Sabah dan Sarawak) serta kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan perkara ini. Ia juga secara terperinci menjelaskan bagaimana kerajaan persekutuan mempertahankan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera dengan menetapkan kuota untuk kemasukan perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam, pemberian permit dan lesen perniagaan.

Punca mengapa kebelakangan kini terdapat pihak-pihak yang mempersoalkan mengenai hak-hak dan keistimewaan yang dinikmati oleh orang Melayu adalah kerana masyarakat pada masa kini sudah buta sejarah. Orang tak faham (Perlembagaan)…jahil, mereka tidak tahu apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan, tidak perlu ada perbincangan atau perbahasan mengenai Perlembagaan kerana apa yang penting ikut saja undang-undang yang telah diguna pakai sejak dulu.

Sekiranya Perlembagaan mahu dipinda, persetujuan daripada dua pertiga Anggota Parlimen perlu dicapai dan mendapat perkenaan Yang di-Pertuan Agong. Katanya, sesiapa yang mahu menghapuskan atau meminda Perkara 153 pula, perlu mendapatkan persetujuan orang Melayu dan Bumiputera terlebih dahulu selain majoriti di Parlimen dan perkenan Seri Paduka Baginda. Kalau Perkara 153 mahu dipinda atau dihapuskan, keseluruhan orang Melayu mesti setuju, kalau orang Melayu rasa belum sedia untuk pinda, maka ia tidak boleh dipinda.

- Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim

Pada tahun 2010, MCA pernah menggariskan 13 resolusi pada Kongres Ekonomi Cina antaranya meminta kerajaan mementingkan keupayaan merit dan bukannya kuota bagi memberi peluang kepada semua pihak untuk bersaing secara sihat dan adil. Kenyataan ini secara tidak langsung menggesa kerajaan agar memansuhkan Perkara 153 dan cuba mempertikaikan tanggungjawab yang ada pada ketua negara iaitu Yang di-Pertuan Agong yang memelihara hak dan keistimewaan orang Melayu.

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria semasa menjadi panel wacana Perpaduan Ummah Dalam Kesedaran Penghakisan Hak Orang Melayu di Ipoh, pada tahun 2010 pula, mendedahkan bahawa ada perlembagaan baru dibuat oleh pihak tertentu bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan yang akan menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang.

Pada tahun yang sama juga, Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar menulis dalam portal berita The Malaysian Insider bahawa idea ‘‘hak orang Melayu’’ hanya satu gagasan ideologi dan falsafah yang tidak berakarumbikan Perlembagaan.
Nurul Izzah berkata, adalah penting untuk ditekankan bahawa Suruhanjaya Reid, yang merangka Perlembagaan, melihat Perkara 153 sebagai pendekatan sementara dan tertakluk kepada kajian semula selepas 15 tahun oleh Parlimen.

Berang dengan kenyataan wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat itu, penganalisis politik Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata Nurul Izzah perlu meletak jawatan sebagai Anggota Parlimen kerana membuat tafsiran yang salah tentang hak-hak Melayu dan Bumiputera serta menyeleweng dan menipu rakyat. “Dia jahil dan sedang keliru. Dia tidak tahu bahawa Laporan Reid hanyalah syor-syor yang dipinda oleh kertas putih yang diterbitkan di London tentang Perlembagaan Tanah Melayu,” katanya.

Zainal, pensyarah di Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), tidak menafikan bahawa wujudnya gerakan yang dilakukan oleh orang bukan Melayu untuk menghapuskan hak Melayu dan orang Melayu itu sendiri. “Ia seperti ideologi asing yang dicetuskan di Singapura pada sekitar 1963-1964 yang ingin memecahkan Malaysia, seluruh rakyat harus menentang gerakan ini kerana ia akan menyebabkan pergolakan rakyat,” katanya.

Beliau berkata kaum lain telah diintegrasikan sebagai warga negara melalui undang-undang, maka semua yang menjadi warga negara atau rakyat mesti patuh pada undang-undang dalam Perlembagaan, jika tidak perasaan taat setia dan cinta kepada negara mereka boleh dipersoalkan.

“Mereka jadi rakyat kerana Perlembagaan benarkan, jadi mereka mesti hormat sepenuhnya kepada Perlembagaan, dan menjadi tanggungjawab mereka untuk menjunjung tinggi Perlembagaan negara. Kalau tak kita boleh persoalkan kerakyatan dan taat setia mereka,” katanya.

Zainal berkata Perkara 153 amat penting bagi melindungi dan membantu orang Melayu dan Bumiputera khususnya yang berada di luar bandar dan pedalaman.

“Orang kampung, Orang Asli dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak yang duduk di luar bandar dan pedalaman mesti dibantu, kerajaan wajib laksanakan Perkara 153 demi kesejahteraan rakyat dan membela golongan yang tidak dapat menikmati kemudahan yang canggih seperti di bandar,” katanya.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata semua kaum di Malaysia perlu menghormati perkara yang termaktub dalam Perlembagaan kerana jika ia tidak dipelihara maka akan berlaku perpecahan dan ketidakstabilan di negara ini.

Beliau berkata ketika Tanah Melayu menuntut kemerdekaan lagi sudah wujud suasana tidak puas hati mengenai Perlembagaan tetapi ia hanyalah daripada golongan minoriti.
“Sekarang golongan minoriti ini sudah dapat akses ke dalam blog-blog dan media, dulu tidak ada, sekarang sudah ada kebebasan bersuara dan kita nampak seolah-olah ramai yang menentang, sebenarnya tidak,” katanya.

Ahmad Atory berkata kaum lain tidak patut mempersoalkan mengenai kuota yang dinikmati oleh orang Melayu dan Bumiputera kerana dengan adanya kuota tersebut orang Melayu akan boleh bersaing dengan kaum lain yang lebih maju. “Melayu dan bumiputera ketinggalan, jika tiada kuota kaum lain akan bolot semua dan tiada yang tinggal. Kalau (benar dakwaan kononnya) kita nafikan hak kaum lain maka tiada orang Cina dan India yang jadi bilionaire,” katanya.

Ahmad Atory berkata kerajaan selaku pelaksana hak dan keistimewaan orang Melayu perlu ada mekanisme tertentu untuk mengurus pihak-pihak yang tidak bersetuju dengan perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Kerajaan perlu ada program kenegaraan, mata pelajaran Sejarah amat penting untuk generasi masa depan mengenal sejarah kemerdekaan negara, kerajaan juga perlu ada hujah dan fakta untuk menerangkan kepada golongan-golongan ini mengenai sejarah negara,” katanya.

-BERNAMA, September 8, 2010.

Ini bukan isu perkauman. Hanya sebagai panduan dan pengetahuan. Selaku rakyat yang setia dan sayang kepada Negara tercinta ini, mengetahui dan mematuhi apa yang terdapat didalam perlembagaan Negara amatlah penting. Tiada gunanya kita membaca ikrar Rukun Negara, dari darjah satu hingga ke tingkatan 5, jika kita tidak menghayati dan mengamalkan prinsip-prinsip yang terdapat didalamnya, demi kesejahteraan, keharmonian dan keamanan kita semua. Kunci kepada kejayaan ini adalah, persefahaman, kerjasama dan tolak ansur, berlandaskan semua yang termaktub didalam perlembagaan negara

Rahsia Surah Al-Kautsar


‎" Rahsia Surah Al-Kautsar "
 Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda(SAW) bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib. Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:- 
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat. 
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi