Thursday, February 17, 2011

 
FOTO POTRAIT MANUSIA YANG PERTAMA DI DUNIA - Pada tahun 1839, seorang ahli kimia Belanda, Robert Cornelius telah berhijrah ke Philadelphia. Beliau telah mengambil foto potrait 'daguerreotype' pada dirinya sendiri di luar kedai keluarganya dan telah mencipta sejarah iaitu, beliau telah merakam foto potrait manusia yang pertama di dunia!!. Sumber : Neatorama

FOTO BERWARNA PERTAMA DI DUNIA - Foto berwarna yang pertama di dunia telah dirakamkan oleh Louis Ducos du Hauron pada tahun 1872. Foto tersebut menunjukkan pemandangan bandar Angouleme di selatan Perancis

Monday, February 14, 2011

Alquran

Qur'an
Al-Qur’ān (ejaan KBBIAlquranArab: <big>القرآن</big>) adalah kitab suci agama Islam. UmatIslam percaya bahwa Al-Qur'an merupakan puncak dan penutup wahyu Allah yang diperuntukkan bagi manusia, dan bagian dari rukun iman, yang disampaikan kepada Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam, melalui perantaraan Malaikat Jibril. Dan sebagai wahyu pertama yang diterima oleh Rasulullah SAW adalah sebagaimana yang terdapat dalam surat Al-'Alaq ayat 1-5.


Etimologi

Ditinjau dari segi kebahasaan, Al-Qur’an berasal dari bahasa Arab yang berarti "bacaan" atau "sesuatu yang dibaca berulang-ulang". Kata Al-Qur’an adalah bentuk kata benda (masdar) dari kata kerja qara'a yang artinya membaca. Konsep pemakaian kata ini dapat juga dijumpai pada salah satu surat Al-Qur'an sendiri yakni pada ayat 17 dan 18 Surah Al-Qiyamah yang artinya:
“Sesungguhnya mengumpulkan Al-Qur’an (di dalam dadamu) dan (menetapkan) bacaannya (pada lidahmu) itu adalah tanggungan Kami. (Karena itu,) jika Kami telah membacakannya, hendaklah kamu ikuti {amalkan} bacaannya”.()

Terminologi

Dr. Subhi Al Salih mendefinisikan Al-Qur'an sebagai berikut:
“Kalam Allah SWT yang merupakan mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dan ditulis di mushaf serta diriwayatkan dengan mutawatir, membacanya termasuk ibadah”.

Siapa punya angkara ini?

Surau yang disimbah cat merah.

Pandangan dekat di mana cat disimbah.

Beberapa botol arak dan serpihannya. Kenderaan itu ialah kenderaan Polis.

Semalam saya baharu sahaja bercerita mengenai surau saya. Kali ini saya terpaksa bercerita mengenai surau juga, tetapi bukan surau saya. Tetapi surau ini cuma terletak lebih kurang 500 meter dari surau saya di satu taman perumahan yang berjiran. Ia juga dibina semasa dengan surau saya. Seperti surau saya ia terletak di jalan utama dan bersebelahan dengan taman permainan kanak-kanak. Kelebihan surau saya ialah ia bersebelahan juga dengan kolam tebatan banjir. 

Pagi tadi saya berjumpa dengan Penguasa Banci saya berbincang mengenai Banci Perumahan dan Penduduk Negara yang tamat semalam. Seperti biasa saya balik melalui Jalan Temiang. Apabila sahaja saya melalui surau ini saya nampak ramai orang berkumpul. Juga saya nampak sebuah kenderaan Polis bertulis FORENSIK dan beberapa anggota Polis sedang membuat tugas dalam kawasan surau.

Fikiran saya terus teringat kepada kes bunuh seorang bekas jiran saya seperti pos saya ini. Kebetulan kes itu terjadi di bulan Ramadan juga. Saya pun terus turun dari skuter saya dan bertanya dengan seorang yang berkumpul di situ kenapa ada anggota Polis. Dia terus menunjukkan kepada surau yang disimbah cat merah. Kejadian disyaki dilakukan sebelum Subuh pagi tadi.

Selain disimbah cat surau juga dibaling dengan botol-botol kosong arak yang ditujukan kepada tingkap cermin. Cermin tidak pecah tetapi botol-botol yang berkecai. Kerosakan kepada surau cuma minima sahaja. Tidak ada bahagian yang pecah atau rosak. 

Saya berharap jemaah surau ini tidak mengambil tindakan yang di luar undang-undang. Biarlah pihak-pihak berkuasa menjalankan siasatan dan menghukum siapa yang bertanggungjawab terhadap perbuatan ini

Saturday, February 5, 2011

Sabda Rasullah Saw Yang Telah Diriwayatkan

Diriwayatkan daripada Aisyah r.a :” Ketika saya sedang duduk dengan seorang perempuan, datang rasulullah SAW dan bertanya kepada ku :”Siapa dia?” Aku menjawab :” Si fulanah” dan aku ceritakan kepada nabi SAW bahawa dia beribadah dengan berlebihan. Nabi SAW bersabda dengan memperlihatkan tanda tidak bersetujunya. “Perbuatan baik yang dilakukan secara berlebihan tidak akan membuat Allah letih (untuk memberi pahala) namun engkaulah yang akan letih dan ad-din (perbuatan baik-ibadah yang paling dicintai Allah SWT) adalah yang dikerjakan secara tetap.



Dari Umar bin al-Khattab r.a katanya:” Ada seorang lelaki berwudhuk tetapi ada kakinya yang tidak terkena air selebar kuku. Dan hal itu dilihat oleh Nabi s.a.w. Disebabkannya baginda bersabda:”Ulang kembali wudhukmu dengan sempurna dan sebagus-bagusnya!” Orang itu pun berwudhuk kembali dan sesudah itu dia solat.”



Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda di dalam sebuah hadith yang bermaksud: “Kami telah pulang dari jihad yang kecil untuk jihad yang lebih besar”. Lalu para sahabat bertanya: “Apakah dia jihad yang besar?” Rasulullah menjawab: “Jihad melawan hawa nafsu”.

Sabda Rasulullah saw.

“Barang siapa yang jatuh cinta, lalu menyembunyikannya dan memelihara kesucian dirinya serta bersabar sampai dia meninggal dunia, maka dia adalah seorang yang mati syahid."



mengenai surah Al-Fatihah ia adalah penyembuh segala penyakit. (HR Darami) Dan barangsiapa membaca 10 ayat akhir Surah Al-Kahfi, Sesungguhnya ia menghindarkan orang yang membacanya dari fitnah Dajjal. (HR Nasa'i)



"Sesungguhnya syaitan ada baginya bisikan ke hati anak Adam, dan Malaikat juga ada bisikannya; ada pun bisikan syaitan itu ialah galakannya supaya seseorang melakukan kejahatan dan mendustakan kebenaran, dan bisikan Malaikat pula ialah galakannya supaya seseorang mengamalkan kebaikan dan meyakini kebenaranya; oleh itu sesiapa yang terasa bisikan yang baik, maka hendaklah ia mengetahui bahawa perkara itu dari Allah, serta hendaklah ia bersyukur kepada Allah, dan sesiapa yang terasa bisikan yang satu lagi maka hendaklah ia meminta perlindungan Allah dari angkara syaitan."

diriwayatkan oleh Ibn Mas'ud r.a