Friday, September 27, 2013

Manusia Genius

Orang pertama cipta telefon ? alexander graham bell ..
Orang pertama tulis bismillah ?.

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM 

1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS. 

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW. ✔ 

Thursday, August 15, 2013

Doa Penggerak


Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;
Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;

Wednesday, July 3, 2013

Prahlad Jani Puasa selama 70 tahun

Mengikut kajian, purata menunjukkan manusia mampu bertahan selama 50 hari tanpa makan dan minum dan rekod paling lama adalah 74 hari. Namun, sesuatu yang agak mengejutkan apabila terdapat seorang lelaki di India, Prahlad Jani, 82 mendakwa yang dirinya tidak pernah makan dan minum selama 70 tahun,  mampu bertahan dan mampu menjalani rutin harian seperti orang lain. Oleh kerana keunikan yang berlaku pada Prahlad, dia telah dikuarantin bagi tujuan kajian di sebuah hospital di Ahmedabad, dalam daerah Gujarat, India. Selama enam hari diisolasi, Prahlad tidak pernah menyentuh makanan dan minuman serta tidak menunjukkan sebarang gejala penurunan stamina atau dehidrasi. Pada masa yang sama, kajian masih lagi dijalankan bagi mendapatkan maklumat secara terperinci berkenaan ‘keunikan’ yang ada pada diri Prahlad.dalam masa yang sama beliau tidak membuang air.

Thursday, June 20, 2013

Mesyuarat Agung KSKMDJ Ke 28





Mesyuarat Agung Kekab Sukan dan Kebajikan Kakitangan Majlis Daerah Jelebu yang ke 28 di rasmikan oleh YB Datok Jalalludin bin Hj Alias Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan Exco Perumahan dan Kesejateraan Bandar Pada 21hb. Jun 2013 di Dewan D'Sury Kuala Klawang